Majlis pelancaran buku DBP “Jauhari Jua Mengenal Manikam” diadakan pada 3 Mei 2018 di Pusat Dagangan Putra (PWTC). Tiga buah buku dilancarkan, iaitu Simbolisme Dalam Motif Songket Melayu Terengganu nukilan Arba’iyah Ab. Aziz, Emas Ratu Segala Logam karangan Wan Fuad Wan Hassan, dan Batu Permata tulisan Habibah Hj. Jamil. Majlis pelancaran dilakukan oleh Puan Aididah Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, yang mewakili ketua pengarahnya.

Kategori: Berita, Featured

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UKM mengadakan Siri Wacana ATMA yang bertajuk "Kelestarian Pantun: Generasi Baru, Persembahan Baru" pada 25 April 2018 bertempat di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, UKM.

Kategori: Berita, Featured

Pesta buku merupakan lokasi yang amat sesuai dikunjungi oleh pencinta buku. Pesta buku sentiasa mendapat sambutan bukan sahaja daripada warga kota malahan juga daripada masyarakat luar negara. Waktu inilah pelbagai jenis genre buku ada dijual.

Kategori: Berita, Featured

Tarikh 26 April 2018 merupakan hari bersejarah buat warga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana dikunjungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersempena Majlis Titah Diraja. Majlis ini diadakan di Auditorium DBP, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Wacana Sejarah Natrah telah berlangsung pada 17 April 2018 bertempat di Dewan Seminar Datuk Hassan Ahmad, Aras 2, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka. Wacana ini anjuran Pusat Dokumentasi Melayu dan Bahagian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Yayasan Kasih Tauhid, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

PEJABAT Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan, Kampar, Perak telah mengadakan Pertandingan Pidato Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kinta Selatan pada 29 Mac 2018 (Khamis) di SMK Dato’ Bendahara C.M. Yusuf, Tanjung Tualang, Perak. Objektif pertandingan ini adalah untuk membina keyakinan diri, meluaskan pengetahuan, memantapkan kemahiran komunikasi dalam bahasa Melayu baku, memupuk semangat patriotisme dan menjanakan daya saing secara positif dalam kalangan remaja.

Kategori: Berita, Featured

PADA 5 April 2018, bersempena dengan acara Santai Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Sarang Art Hub telah berlangsung forum “Bahasa dalam Filem: Kreativiti dan Impak kepada Sosial” di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak. Forum ini dipengerusikan oleh Pengasas Legasi Oakheart, Encik Hafiz Latiff dan dibarisi para panel berpengalaman dalam bidang perfileman, iaitu Encik A. Wahab Hamzah, aktivis seni yang juga merupakan Pengarah DBP Wilayah Utara, Encik U-Wei Haji Saari dan Encik Mamat Khalid, sutradara terkemuka tanah air dan Encik Sabri Yunus, pelakon dan juga sutradara.

Kategori: Berita, Featured

Media sosial memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian masyarakat masa kini. Sifatnya yang interaktif, digital dan global membuatkan medium ini menjadi fenomena alaf baru dunia.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1052409
    Visit Today : 662
    This Month : 662
    Total Visit : 1052409
    Hits Today : 3027
    Total Hits : 4320973
    Who's Online : 7
  • Kategori