Sayembara Cerpen Parit Sulong 2022 (SAMPENG 2022) merupakan sebuah program anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat. Penganjuran Sayembara Cerpen Parit Sulong 2022 (SAMPENG 2022) buat julung kalinya ini diharapkan dapat menggilap bakat penulis cilik untuk menghasilkan karya kreatif, selain menggalakkan peserta menzahirkan pemikiran kreatif dan kritis dalam bentuk penulisan berimpak positif.

Kategori: Bakat, Berita

Anugerah Profesor Emeritus kepada Nik Safiah Karim, iaitu gelaran paling berprestij yang diterima daripada Universiti Malaya pada tahun 2004 memang layak disandang oleh beliau.  Sumbangan yang telah beliau berikan sepanjang dan selepas bergelar penjawat awam bermula dari tahun 1963 hingga 1994 tidak terhitung terhadap pemartabatan bahasa Melayu dan perjuangan hak wanita.

Kategori: Bakat

Tanggal 3 April 2014 (Khamis), tepat pukul 3.30 petang merupakan tarikh keramat yang menyaksikan dunia puisi Melayu moden Malaysia dan dunia puisi Kedah Darul Aman telah kehilangan seorang penyair kembara tersohor Kedah, iaitu Allahyarham Jamaludin Darus atau lebih dikenali sebagai Jamaludin D. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri tercinta, Kamariah dan anaknya di Hospital Putrajaya setelah menghidap penyakit barah hati sejak tahun 2013. Sebelum itu, Allahyarham Jamaludin Darus yang menghidap penyakit kencing manis telah dibawa ke Hospital Putrajaya dari rumahnya di Taman Desa Jaya, Sungai Petani, Kedah oleh anaknya yang bertugas di Jabatan Muzium Putrajaya. Seminggu sebelum pemergiannya, Allahyarham tetap bersemangat melayan sahabat handai yang menziarahinya. Akhirnya, jenazah Allahyarham Jamaludin Darus telah disemadikan di Kampung Kinjang Lama, Chenderiang berhampiran Lata Kinjang, Tapah, Perak.

Kategori: Bakat

Program Canai Bahasa dan Sastera Bil. 4/2020 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Jun 2020 di Anjung DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Program ini juga boleh ditonton di laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Program yang dianjurkan oleh DBP dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) ini membincangkan tajuk “Komposer Muda Kontemporari” oleh dua orang komposer muzik, Ikhwan Fatanna dan Adeep Nahar, serta Liza Ramli sebagai moderator.

Kategori: Bakat

Majlis Anugerah Pencapaian Seumur Hidup 2019 telah berlangsung pada 8 Oktober 2019 bertempat di Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Penganjuran Majlis Penyampaian Anugerah Pencapaian Seumur Hidup 2019 diadakan bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Akademi Pengurusan Asia 2019.

Kategori: Bakat

Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempersembahkan Persembahan Puisi Artistik “Langkahan Wira” bersempena dengan ulang tahun DBP yang ke-64. Tayangan persembahan tersebut bersiaran secara langsung melalui laman rasmi Facebook PENYAIR

Kategori: Bakat

SIAPA menyangka bahawa bakat menulis lirik lagu yang tumbuh dalam diri Jasni Matlani terus berkembang dan mencipta nama yang cemerlang dalam dunia penulisan dengan jayanya.

Kategori: Bakat

MELIHAT beliau melakar warna-warna seni di dada kanvas yang putih suci sehingga warna-warna alam tersebut berkembang menjadi guru yang mengajar erti kehidupan, pasti menerbitkan rasa kagum yang mendalam pada setiap retina yang menatapnya. Setiap calitan warna mempunyai makna yang terolah. Setiap rona yang berpaksi pada kanvas mempunyai cerita yang tersendiri. Begitulah keindahan yang dilakar oleh pemilik nama Nazhatulshima Nolan, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, juga seorang Pensyarah Kanan Bahasa Inggeris di Jabatan Bahasa Inggeris, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Johor.

Kategori: Bakat, Tokoh
  • Arkib

  • Statistik

    1034033
    Visit Today : 249
    This Month : 16632
    Total Visit : 1034033
    Hits Today : 928
    Total Hits : 4239262
    Who's Online : 8
  • Kategori