LAPORKAN KEGIATAN PERSATUAN ANDA!

Anda dipelawa menghantar tulisan untuk disiarkan dalam Klik Web DBP. Tulisan adalah berupa rencana yang melaporkan kegiatan persatuan sastera, bahasa, budaya dan yang seumpamanya.

Panjang tulisan tidak kurang 300 patah perkataan, menggunakan fon Arial 12 poin, langkau dua baris. Setiap tulisan perlu dikepilkan foto yang berkaitan. Sila lampirkan maklumat iaitu nama penulis, no. kad pengenalan, alamat surat-menyurat, nombor telefon dan nombor akaun bank.

Pihak kami akan memilih, menilai dan menyunting tulisan yang diterima selagi tidak mengubah maksudnya. Pihak DBP juga tidak tertakluk untuk menyiarkan sebarang tulisan yang dihantar kepada kami. Penulis  perlu bertanggungjawab jika tulisan yang tersiar mendatangkan implikasi undang-undang kepada mana-mana pihak.

Pihak kami hanya menerima tulisan dan foto yang dihantar dalam bentuk digital. Sila hantar tulisan anda kepada Mohd Faizal Rus Rzerli; faizal@dbp.gov.my, Muhamad Rafiq Abdul Rahman; rafiq@dbp.gov.my atau Nur Hazirah Mohammad Fuad; hazirah@dbp.gov.my. Setiap tulisan dan foto yang tersiar akan dibayar mengikut kadar honorarium DBP.

Selamat menulis!

  • Arkib

  • Statistik

    1046827
    Visit Today : 443
    This Month : 29426
    Total Visit : 1046827
    Hits Today : 974
    Total Hits : 4295776
    Who's Online : 12
  • Kategori