Malam tadi, buat ke sekian kalinya penulis berkesempatan menonton rancangan “Sukan Lejen” di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Entah sejak bila program berkenaan mula bersiaran, namun penulis kini mula tertunggu-tunggu siaran berkenaan saban minggu dan kerap juga merakamkan episod-episod tertentu, terutamanya melibatkan sukan bola sepak untuk koleksi peribadi. Program berkenaan menyorot dan menyiarkan rakaman acara-acara sukan bersejarah yang mencatatkan kejayaan gemilang Malaysia di samping temu bual secara langsung dengan tokoh-tokoh yang terlibat. Tidak dapat dinafikan, ia menggamit nostalgia zaman silam dan sering kali mencetuskan rasa syahdu serta pilu di jiwa, terutamanya apabila mengenangkan betapa sudah jauhnya usia kita bergerak seiring peredaran waktu tanpa kita sedari.

Kategori: Suara Anak Muda

Kajian oleh doktor pakar dunia, Dr. Spiegel pada tahun 2002 mendapati bahawa orang yang mendapat tidur yang cukup sebanyak lapan jam sehari mempunyai kadar antibodi sebanyak dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak cukup tidur, iaitu sekitar empat jam sehari.

Kategori: Suara Anak Muda

“JIKA ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca. Kedua, kena membaca. Ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis”. – A Samad Said

Kategori: Suara Anak Muda

OLEH NUR HIDAYAH ISMAIL PENDIDIKAN merupakan perkara dominan yang menjadi buah mulut masyarakat tidak kira masa. Setiap hari, ada sahaja isu yang melibatkan guru, murid dan pendidikan. Di sini, saya ingin mengupas sedikit sebanyak mengenai kepentingan bahasa dalam kehidupan seseorang guru. Bahasa umpama nadi dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Setiap tutur kata yang disampaikan oleh seorang guru melibatkan penguasaan bahasa. Oleh sebab itu, semasa belajar di […]

Kategori: Bicara, Suara Anak Muda

TEATER ialah pementasan yang berdasarkan sebuah naskhah yang ditulis untuk tontonan khalayak. Terdapat pelbagai jenis teater seperti teater puisi, teater drama muzikal, teater boneka, teater drama dan teater gerak. Tenaga produksi diperlukan bagi menjayakan sebuah pementasan teater melalui kerjasama pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dan kebolehan dalam bidang seperti pengarahan, penulisan skrip, lakonan, persembahan nyanyian dan tarian, penata artistik, kru teknikal dan pemasaran. Kerja berpasukan sangat penting bagi kelancaran pementasan yang akan diadakan.

Kategori: Suara Anak Muda

MENURUT Syed Hussein Alatas menerusi bukunya, Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, apabila sebuah negara dikuasai dengan masalah rasuah, ia membawa kepada kemunculan negara kleptokratis. Negara kleptokratis dikuasai oleh para kleptokrat yang melibatkan diri dalam rasuah sebagai alat pengeluaran yang utama.

Kategori: Suara Anak Muda

Amalan membaca buku bukanlah budaya asing bagi rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan anak muda. Pelbagai jenis buku ditawarkan di kedai-kedai buku berdekatan daripada buku berbentuk komik dan novel remaja sehinggalah buku ilmiah yang selalu ditelaah untuk menambah ilmu pengetahuan. Buku-buku ini juga mudah didapati di platform laman sesawang seperti Amazon, Google Play dan e-sentral.

Kategori: Suara Anak Muda

Perlembagaan ialah peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi pemerintahan kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai kerajaan iaitu Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan serta prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara.

Kategori: Suara Anak Muda
  • Arkib

  • Statistik

    254679
    Melawat Hari Ini : 342
    Jumlah Pelawat : 254679
    Hits Hari Ini : 1032
    Jumlah Hits : 656328
    Siapa atas talian : 4
  • Kategori