HAM-3-5-18 (4) PELANCARAN BUKU JAUHARI JUA MENGENAL MANIKAMOleh FATHIN NABILA ABDULLAH

MAJLIS pelancaran buku DBP “Jauhari Jua Mengenal Manikam” diadakan pada 3 Mei 2018 di Pusat Dagangan Putra (PWTC). Tiga buah buku dilancarkan, iaitu Simbolisme Dalam Motif Songket Melayu Terengganu nukilan Arba’iyah Ab. Aziz, Emas Ratu Segala Logam karangan Wan Fuad Wan Hassan, dan Batu Permata tulisan Habibah Hj. Jamil. Majlis pelancaran dilakukan oleh Puan Aididah Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, yang mewakili ketua pengarahnya.

songket1

Simbolisme Dalam Motif Songket Melayu Terengganu memaparkan khazanah seni yang unggul dan unik dalam seni tenunan songket yang menjadi warisan Melayu turun-temurun. Songket ratu segala fabrik Melayu yang sangat halus tenunnya, tinggi mutu keasliannya. Ragam hias dalam tenunan songket disusun dan diolah begitu tertib dan harmoni sehingga membentuk corak berseni yang bersumberkan alam flora dan fauna. Kehebatan falsafah dan seni pemikiran diselitkan dalam penciptaan songket. Sesungguhnya wajarlah jika “jauhari jua mengenal manikam”.

emas1Emas Segala Ratu membicarakan seputar emas yang merupakan logam yang amat bitara dan menjadi kegilaan dan kesukaan kebanyakan manusia. Emas logam yang istimewa, cantik, boleh ditempa dan langka, meletakkannya pada sudut yang tersendiri. Emas simbol kekayaan sejak zaman-berzaman. Keistimewaan logam ini menjadi misteri dan kebanggaan bagi kebanyakan orang.

permata1Batu Permata pula membicarakan batu permata yang merupakan perhiasan yang amat indah dan berharga. Walaupun bersaiz agak kecil, keindahan batu permata tetap memikat sesiapa sahaja yang memandangnya. Ada permata yang berkilauan dan berkerdipan bak bintang kejora, ada juga yang bersinar lembut umpama bulan purnama. Perumpamaan “bagai kaca dengan permata” diungkap bagi menggambarkan keluhuran dan ketinggian budi seseorang (umpama permata) berbanding dengan orang kebanyakan (umpama kaca). Permata ada yang asli ada yang tiruan dan “jauhari jua mengenal manikam”.

Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Dewan Bahasa dan Pustaka, ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Dewan Bahasa dan Pustaka, ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dalam ucapan alu-aluannya, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Dewan Bahasa dan Pustaka, berkata “Buku-buku ini menarik pembaca untuk mengenali songket, emas dan berlian dengan lebih mendalam lagi. Buku-buku ini, jika dibawa ke peringkat antarabangsa seperti Pesta Buku Frankfurt, pastilah akan menarik pihak yang ingin tahu tentang khazanah budaya Melayu. Buku-buku ini perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.” Beliau amat berterima kasih atas usaha ketiga-tiga orang penulis yang mengkaji dan mendokumentasikan khazanah Melayu, seperti emas, berlian dan songket.

Ucapan perasmian oleh Puan Aididah Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Ucapan perasmian oleh Puan Aididah Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Aididah Ibrahim, dalam ucapan perasmiannya berkata, “Penganjuran majlis ‘Jauhari Jua Mengenal Manikam’ telah memberikan kesinambungan strategi dalam membina tamadun bangsa. Majlis pelancaran ini merupakan wadah terbaik untuk memperkenalkan khazanah Melayu dalam bidang seni dan budaya. Selain itu, pelancaran buku ini dapat memperkenalkan kepakaran penulis dalam penerbitan bahan bacaan untuk masyarakat.”

Beliau turut berkata, “Usaha ini juga diharap dapat mencelikkan generasi muda tentang kekayaan warisan dan khazanah negara ini.” Usaha menyelidik dan mendokumentasikan pengetahuan tentang emas, songket dan berlian patut dipuji kerana ketiga-tiganya khazanah buat tatapan anak bangsa kelak.

Sebagai kesimpulannya, peluang untuk buku-buku “Jauhari Jua Mengenal Manikam” menembusi pasaran antarabangsa amat cerah apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Buku-buku “Jauhari Jua Mengenal Manikam” merupakan suatu cara untuk memperkenalkan khazanah, seni dan budaya Melayu sama ada di dalam ataupun di luar negara.

Penyampaian cenderamata kepada penulis-penulis buku "Jauhar jua Mengenal Manikam".

Penyampaian cenderamata kepada penulis-penulis buku “Jauhari Jua Mengenal Manikam”.

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1053334
    Visit Today : 279
    This Month : 1587
    Total Visit : 1053334
    Hits Today : 619
    Total Hits : 4324137
    Who's Online : 15
  • Kategori