BUKU berkaitan dengan bidang kaunseling ini boleh menjadi rujukan khusus kepada guru bimbingan dan kaunseling serta kaunselor di sekolah mahupun di institut pendidikan tinggi (IPT).

Kategori: Buku Baharu

KAMUS Perikanan ini mengandungi 571 istilah berserta huraian yang disediakan oleh pakar yang mahir dalam bidang berkenaan. Kamus ini terdiri daripada tiga subbidang, iaitu rekreasi, teknologi perikanan dan hasil penangkapan ikan.

Kategori: Buku Baharu

HIMPUNAN puisi Bisik Cakerawala merupakan hasil karya peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2015. Garapan puisi yang meliputi pelbagai tema seperti ketuhanan, kekeluargaan, kasih sayang, saling hormat-menghormati, mencintai alam sekitar, perasaan dan emosi penulis.

Kategori: Buku Baharu

KUMPULAN Cerpen Cerita Sarah Leong, Malim Ghozali PK mengajak audiens menjenguk ke daerah-daerah yang penuh dengan warna dan misteri kehidupan. Pengarang bukan saja memaparkan dunia melankoli, rindu yang tak kesampaian, sejarah kegemilangan budaya bangsa, perjuangan membebaskan bangsa dan agama daripada tirani, bahkan dunia orang tidak siuman dalam cerpen Dia, Dr. Hasni dan Bunga II: Api Marak Semula dan cinta rentas budaya dalam cerpen Cerita Sarah Leong.

Kategori: Buku Baharu

BUKU Meneroka Khasiat Tempe ini memberikan pendedahan mengenai khasiat tempe yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu. Buku ini mengandungi lima bab yang menceritakan tentang kacang soya sebagai ramuan utama tempe, kandungan nutrien dan antinutrien tempe, tempe sebagai makanan fungsian dan resipi sihat berasaskan tempe.

PANTUN Berkait Peri Loka Tanah Melaka merupakan khazanah tradisi lisan budaya Melayu yang tidak sepopular pantun biasa yang diketahui umum. Pantun berkait memerlukan kepintaran atau kecerdikan dan ketinggian akal mentafsir. Keindahan pantun dalam karya ini diolah menggunakan pantun berkait sebagai medium untuk menyerlahkan kecerdikan, ketinggian dan kebijaksanaan pantun Melayu perihal tanah Melaka yang bersejarah. Pelbagai sifir, falsafah, perbendaharaan kata, kelogikan pembayang serta maksud; kendatipun ilmu yang cukup tinggi untuk menjejaki jejak dan memperbaharui babak peri loka tanah Melaka ini.

Kategori: Buku Baharu

NAHU Kemas Kini ialah sebuah lagi buku tatabahasa bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar. Beliau mengemaskinikan kandungan buku ini dengan mengambil kira semua perkembangan dalam bahasa Melayu dan keperluan penuturnya sehingga kini. Liputan Nahu Kemas Kini menyeluruh dan mudah difahami supaya dapat digunakan untuk pengajaran bahasa Melayu yang baik dan betul. Buku ini mengandungi peraturan bahasa dan sosiobudaya yang lengkap. Dengan demikian, buku ini dapat membantu penguasaan bahasa sebagai alat komunikasi dan alat berfikir yang jitu.

Kategori: Buku Baharu

PERBINCANGAN dalam buku ini melibatkan tiga aspek tahaluf siyasi, iaitu prinsip, ciri dan syarat yang dirumuskan daripada penelitian terhadap al-Quran dan hadis. Ketiga-tiga aspek ini juga berkait rapat dengan konsep, falsafah dan kaedah penggunaan tahaluf dari sirah Nabi SAW. Konsep tahaluf siyasi ini penting untuk difahami supaya dapat membina kefahaman mengenai pembinaan perjanjian dan kaedah perundingan Islam terbaharu dalam politik pembangunan semasa. Tahaluf siyasi dalam buku ini dilaksanakan dengan falsafah, tasawur dan acuan yang tersendiri tanpa bercampur aduk dengan falsafah perjanjian politik konvensional. Ia menjadi bidang yang dibentuk mengikut acuan Islam, bukannya dibentuk berdasarkan celupan dari Barat.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    119439
    Melawat Hari Ini : 99
    Jumlah Pelawat : 119439
    Hits Hari Ini : 226
    Jumlah Hits : 211062
    Siapa atas talian : 1
  • Kategori