Fenomena aphelion merupakan titik dalam orbit objek yang berada di kedudukan paling jauh dari matahari. Selain itu, titik dalam orbit merupakan objek paling jauh dari matahari yang dikenali sebagai perihelion. Manakala, perkataan aphelion yang berasal daripada kata apo dan helios dalam bahasa Yunani bermaksud menjauh dan terpisah. Seterusnya, kata ap bermaksud paling jauh. Manakala,  perkataan “helion” berasal dari kata helio bermaksud matahari. Oleh itu, gabungan dua suku kata, iaitu suku kata “ap” dan “helios” menunjukkan bumi berada di kedudukan paling jauh dari matahari untuk sesuatu tahun.

Kategori: Bicara, Makalah

Webinar Asteroid bertajuk “Merungkai Kepentingan dan Nilai Batuan Angkasa kepada Dunia” telah bersiaran secara langsung menerusi Facebook Planetarium Negara pada 30 Jun 2022 bermula pukul 10.30 pagi. Webinar ini menampilkan Encik Mohd Fairos bin Asillam, Ketua Penolong Pengarah Kanan Planetarium Negara bersama-sama Dato’ Jaafar bin Jamaluddin, Pengerusi Eksekutif Galeri Meteor Muzium Rakyat, Bandar Hilir, Melaka. Penganjuran webinar ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Asteroid Antarabangsa 2022 yang membincangkan tentang kepentingan batuan meteor dalam dunia sains, ekonomi dan kehidupan.

Kategori: Bicara, Makalah

Pada penghujung tahun lepas, penulis dan seorang rakan sefakulti diberi peluang mengajar di sebuah universiti tempatan di daerah Isparta, Turki. Kampus yang dikelilingi dengan banjaran gunung yang tandus kelihatan cantik sekali dan Kawasan ini terkenal dengan produk berasaskan bunga ros dan lavender yang harum mewangi. Mungkin Isparta bukanlah suatu destinasi terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia yang suka melancong ke Eropah dengan kadar mata wang yang dahulunya sama dengan Malaysia kini dilihat murah dan mampu pergi, jika dibandingkan dengan negara Eropah yang lain.

Kategori: Bicara

Juara bukanlah sebuah novel yang mengangkat tentang perjuangan pelaga-pelaga lembu sahaja akan tetapi sebuah novel kritikan yang mengkritik tentang politik, ekonomi dan agama yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam Patani.

Kategori: Bicara

OLEH KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH Webinar Terjemahan Antarabangsa: Penterjemahan Struktur Bahasa Asing ke dalam Bahasa Melayu telah bersiaran secara langsung menerusi platform Webex pada 26 Mac 2021. Sebanyak 10 pembentangan kertas kerja telah dijalankan bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Secara keseluruhannya, Webinar Terjemahan Antarabangsa: Penterjemahan Struktur Bahasa Asing ke dalam Bahasa Melayu telah dianjurkan oleh Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi (UniTI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti […]

Kategori: Bicara

Peruntukan perlembagaan membenarkan kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk memelihara mahupun meneruskan penggunaan serta pengajian bahasa kaum lain di negara ini.

Kategori: Bicara

Makanan tradisional Melayu berkait rapat dengan masyarakat Melayu yang bersifat tradisional dan dihidangkan mengikut tradisi masyarakat Melayu.

Kategori: Bicara

Cerita rakyat merupakan cerita rekaan yang disukai ramai pada zaman dahulu dalam sesuatu masyarakat yang diturunkan daripada generasi kepada generasi secara lisan (Kamus Dewan Edisi keempat). Cerita rakyat juga merupakan kisah-kisah lisan yang pada asalnya tidak dirakamkan di mana-mana medium dan dianggap sebagai sastera lisan yang tertua. Pada zaman feudal, cerita rakyat ini dikisahkan oleh golongan penglipur lara di istana untuk golongan bangsawan sebagai salah satu medium hiburan. Persembahan penglipur lara ini akhirnya diperturun kepada rakyat marhaen dengan tujuan yang sama, iaitu memberi hiburan. Disebabkan itulah kebanyakan cerita rakyat mempunyai hubungan watak dan perwatakan antara rakyat dengan golongan bangsawan.

Kategori: Bicara
  • Arkib

  • Statistik

    1042448
    Visit Today : 312
    This Month : 25046
    Total Visit : 1042448
    Hits Today : 755
    Total Hits : 4280350
    Who's Online : 12
  • Kategori