Para pemenang bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat Encik Shahori bin Mohamad Esa, Penolong PPD Kokurikulum Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Perak.

Para pemenang bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat Encik Shahori bin Mohamad Esa, Penolong PPD Kokurikulum Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Perak (berdiri di barisan belakang, dua dari kanan).

Oleh AHMAD SYUKRI NAIM MOHD TAHIR

PEJABAT Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan, Kampar, Perak telah mengadakan Pertandingan Pidato Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kinta Selatan pada 29 Mac 2018 (Khamis) di SMK Dato’ Bendahara C.M. Yusuf, Tanjung Tualang, Perak. Objektif pertandingan ini adalah untuk membina keyakinan diri, meluaskan pengetahuan, memantapkan kemahiran komunikasi dalam bahasa Melayu baku, memupuk semangat patriotisme dan menjanakan daya saing secara positif dalam kalangan remaja.

Barisan Hakim: Dari kiri;  Pn. Hjh. Sharifah binti Hj. Mokhtar, Pn. Hjh. Zaiton binti Ahmad Zahari dan Pn. Jamilah binti Osman.

Barisan Hakim: Dari kiri; Pn. Sharifah binti Hj. Mokhtar, Pn. Zaiton binti Ahmad Zahari dan Pn. Jamilah binti Osman.

Bertepatan dengan maksud pidato, iaitu ucapan yang disampaikan kepada khalayak oleh seseorang untuk menyampaikan buah fikiran tentang tema tertentu, maka 12 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Hakim yang terlibat dalam pertandingan ini terdiri daripada guru berpengalaman di daerah Kinta Selatan, iaitu Puan Zaiton binti Ahmad Zahari (ketua hakim), Puan Sharifah binti Mokhtar dan Puan Jamilah binti Othman.

Pertandingan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama (tujuh minit), peserta menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu. Manakala bahagian kedua (empat minit), peserta menyampaikan pidato secara spontan berdasarkan tajuk yang dipilih daripada sampul yang disediakan di meja ketua hakim.

Nur Syaza Irdina binti Mazrul Amran, johan Pertandingan Pidato Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kinta Selatan, Perak.

Nur Syaza Irdina binti Mazrul Amran, johan Pertandingan Pidato Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kinta Selatan, Perak menerima hadiah yang disampaikan oleh Encik Shahori bin Mohamad Esa, Penolong PPD Kokurikulum Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Perak.

Menurut Zaiton, semua peserta telah menyampaikan pidato dengan baik dalam bahagian pertama, namun, yang menentukan kemenangan ialah bahagian kedua.

Nur Syaza Irdina binti Mazrul Amran dari SMK St. Bernadette’s Convent, Batu Gajah, dinobatkan sebagai johan pertandingan pidato ini diikuti naib johan, Zultiqan Nabhan bin Ahmad dari SBP Integrasi Gopeng. Tempat ketiga pula disandang oleh Ravinjeet Singh a/l Davindar Singh dari SMK Methodist (ACS), Kampar, manakala Nurul Zalilawati binti Abdullah dari SMK Malim Nawar mendapat tempat keempat dan Nurfatihah binti Mohd Sharif dari SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah mendapat tempat kelima.

Zultiqan Nabhan bin Ahmad memenangi tempat kedua.

Zultiqan Nabhan bin Ahmad memenangi tempat kedua.

Majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Shahori bin Mohamad Esa, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kokurikulum Akademik, PPD Kinta Selatan, Perak, diiringi oleh Puan Idayatul Hashima binti Sulaiman, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato’ Bendahara C.M. Yusuf.

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1061315
    Visit Today : 466
    This Month : 9568
    Total Visit : 1061315
    Hits Today : 1529
    Total Hits : 4357861
    Who's Online : 6
  • Kategori