Oleh FATHIN NABILA ABDULLAH

PESTA buku merupakan lokasi yang amat sesuai dikunjungi oleh pencinta buku. Pesta buku sentiasa mendapat sambutan bukan sahaja daripada warga kota malahan juga daripada masyarakat luar negara. Waktu inilah pelbagai jenis genre buku ada dijual.

Sehubungan itu, pada 28 April telah berlangsung perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). PBAKL 2018 dengan tema ‘Lakaran Karya Merentas Peradaban Bangsa’ menemui orang ramai dari 27 April hingga 6 Mei 2018.

Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur, ketika menyampaikan ucapan perasmian PBAKL 2018.

Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur, ketika menyampaikan ucapan perasmian PBAKL 2018.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz, dalam ucapan perasmian PBAKL 2018, menyatakan hasrat beliau untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota buku dunia pada tahun 2020. Beliau amat menyokong usaha pihak yang terlibat bagi merealisasikan hasrat tersebut. Beliau juga berharap agar mereka yang terlibat dalam industri buku dapat meningkatkan hasil penerbitan ke peringkat yang lebih cemerlang. Selain itu, penerbitan buku secara digital harus diberi perhatian supaya industri penerbitan buku akan tetap relevan, “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Menurut Mhd. Amin Nordin lagi, “penyertaan yang menggalakkan daripada para pempamer tempatan dan juga antarabangsa menunjukkan bahawa acara yang dilaksanakan pada setiap tahun ini telah mendapat sambutan yang baik dari setahun ke setahun.”

Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz turut menandatangani deklarasi di pavilion khas KL Baca sebagai tanda sokongan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota buku dunia pada tahun 2020.

Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz turut menandatangani deklarasi di pavilion khas KL Baca sebagai tanda sokongan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota buku dunia pada tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Perasmian PBAKL 2018, Ishak Hamzah, berkata, pesta buku kali ini lebih fokus untuk memperkasakan kandungan dengan tambahan beberapa program baharu, seperti Rang Rehat dan Baca, Konvensyen Penulisan dan KL Baca, bagi mempromosikan  Kuala Lumpur agar dinobatkan sebagai ibu kota buku dunia pada tahun 2020.

Menurutnya lagi, PBAKL sudah masuk tahun ke-37 dan aktiviti ini mengalami banyak penambahbaikan sehingga menjadi pesta buku terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Cabaran yang dihadapi, seperti persaingan dengan industri hiburan, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia, ketidakstabilan harga minyak, kenaikan harga kertas serta trend dunia digital, sangat memberikan impak kepada industri buku dan kelangsungan PBAKL. Walau bagaimanapun, jawatankuasa penganjur sentiasa berusaha untuk memastikan PBAKL sentiasa relevan dan masih menjadi pasar buku yang dapat memastikan kelestarian hayat pemain industri buku.

PBAKL 2018 menghidangkan pelbagai acara yang menarik, seperti BACA World, Pameran Perdagangan dan Pelayaran Kandungan (ALVCC), Sudut Interaksi Penulis, dan Anugerah Kulit Buku Cantik.

Encik Abd. Wahab Ibrahim, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia yang mewakili Ketua Pengarah Pelajaran, turut mengatakan bahawa PBAKL dilaksanakan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada wakil dari jabatan dan agensi kerajaan serta wakil industri buku.

Selain buku dan karya Arab Saudi, turut dibawakan khas pada PBAKL kali ini ialah pameran kebudayaan negara itu. Wakil Arab Saudi juga akan memberikan buku dan al-Quran percuma termasuk visa dan pakej haji percuma kepada pengunjung PBAKL 2018 yang bertuah.

Selain buku dan karya Arab Saudi, turut dibawakan khas pada PBAKL kali ini ialah pameran kebudayaan negara itu. Wakil Arab Saudi juga akan memberikan buku dan al-Quran percuma termasuk visa dan pakej haji percuma kepada pengunjung PBAKL 2018 yang bertuah.

Formula ini berjaya apabila PBAKL dapat kekal diteruskan malahan berkembang sebagai pesta buku tahunan. Penyertaan PBAKL tahun ini terdiri daripada 770 reruai. Tampil dengan kelainan, PBAKL ini juga mempamerkan pavilion khas negara tamu, iaitu Arab Saudi dan Indonesia, serta negeri tamu, Kedah.

Kementerian Pelajaran melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, serta sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berhasrat untuk menjadi ibu kota buku dunia pada tahun 2020 telah menghantar bidaan kepada UNESCO. Beliau berharap agar keputusan memihak kepada Kuala Lumpur.

Dalam ucapan Joseph Ricky Persik, wakil Badan Ekonomi Kreatif (BEKRAF), Indonesia, berbesar hati apabila negaranya dijemput sebagai negara tamu. Beliau turut menyampaikan puisi nukilan penulis terkenal Indonesia, Sapardi Djoko Damono, yang bertajuk ‘Hujan Bulan Juni’. Puisi ini berkaitan dengan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia, terutama dalam pertukaran pengetahuan serta semangat untuk memajukan bangsa.

Wakil negara tamu dari Indonesia dan Arab Saudi turut hadir ketika majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 di PWTC, Kuala Lumpur.

Wakil negara tamu dari Indonesia dan Arab Saudi turut hadir ketika majlis pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018 di PWTC, Kuala Lumpur.

Muhammad Mahazi Haji Ibrahim, Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah Darul Aman, turut menyatakan penghargaan kerana diundang untuk menjadi negeri tamu dalam PBAKL 2018. Beliau menyifatkan hal ini sebagai pengiktirafan kepada negeri Kedah.

“Pemilihan dibuat berdasarkan kekayaan khazanah sejarah, kebudayaan, bahan terbitan dan kepelbagaian tempat pelancongan. Ini penting untuk mengetengahkan khazanah sejarah sekali gus mempromosikan tempat pelancongan serta mempromosikan bahan terbitan, sama ada terbitan bercetak ataupun elektronik,” ujar Muhammad Mahazi.

PBAKL 2018 menyajikan pelbagai pengalaman baharu untuk komuniti pembaca di negara Malaysia. Pada tahun ini, pelbagai aktiviti disediakan bagi memenuhi keperluan pengunjung. Ini merupakan salah satu usaha murni kerajaan untuk komuniti pembaca demi kelangsungan ilmu pengetahuan di negara ini.

Bekerjasama mempromosikan Kuala Lumpur agar dinobatkan sebagai ibu kota buku dunia pada tahun 2020.

Berusaha mempromosikan Kuala Lumpur agar dinobatkan sebagai ibu kota buku dunia pada tahun 2020.

 

 

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049347
    Visit Today : 192
    This Month : 31946
    Total Visit : 1049347
    Hits Today : 1161
    Total Hits : 4305922
    Who's Online : 21
  • Kategori