OLEH NORAZLINDA MISRAN

MEDIA sosial memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian masyarakat masa kini. Sifatnya yang interaktif, digital dan global membuatkan medium ini menjadi fenomena alaf baharu dunia.

Ledakan maklumat tanpa batas dalam media sosial ini juga merupakan salah satu faktor tercetusnya Revolusi Industri 4.0. Hampir semua syarikat gergasi di dunia telah mula merangka dan melaksanakan perubahan dalam sistem kerja masing-masing agar sejajar dengan transformasi ini. Revolusi ini bakal menjanakan pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembangunan ke arah pendigitalan yang holistik.

Antara tetamu yang hadir.

Antara tetamu yang hadir dalam forum tersebut.

Walau bagaimanapun, teknologi yang seharusnya digunakan secara positif ini turut menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, pada 31 Mac 2018 (Sabtu) telah diadakan forum “Canai Bahasa dan Sastera” di Dewan Bankuet, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Program ini merupakan anjuran DBP dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).

Tajuk forum kali ini ialah “Papan Kekunci yang Mengunci Pintu Hati”. Panel yang diundang untuk membicarakan tajuk ini ialah Lt. Kdr. (B) TLDM Dr. Abu Yazid Abu Bakar, Pensyarah Psikologi dan Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr. Hani Salwah Yaakup, Pensyarah Komunikasi dan Media, Universiti Putra Malaysia. Moderator ialah Dr. Azizul Haji Ismail, Ketua Bahagian Ensiklopedia, DBP.

Media sosial sememangnya sangat berpengaruh dalam mencorakkan gaya hidup masyarakat masa kini. Antara subtopik yang dibincangkan ialah “Buli atau Dakwah”, “Fenomena Istilah Bahasa Siber” dan “Tular dan Gosip: Strategi Pemasaran Produk Masa Kini”.

Lt. Kdr. (B) TLDM Dr. Abu Yazid Abu Bakar, Pensyarah Psikologi dan Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh peserta forum.

Lt. Kdr. (B) TLDM Dr. Abu Yazid Abu Bakar, Pensyarah Psikologi dan Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh peserta forum.

Menurut Abu Yazid, penggunaan media sosial yang tidak terkawal berlaku pada peringkat remaja lagi. Hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan sasaran teknologi media sosial. Mereka begitu mudah menerima sesuatu berita itu tanpa mengkaji kesahihannya terlebih dahulu.

Peserta turut mengambil peluang bertanya soalan kepada ahli panel.

Peserta turut mengambil peluang bertanya soalan kepada ahli panel.

Walau bagaimanapun, perkara ini juga perlu diberikan perhatian oleh semua pengguna media sosial agar menyemak kesahihan sesuatu berita yang tersebar di media sosial dan jangan mudah menularkan berita tersebut bagi mencegah keburukan yang lebih besar. Beliau mencadangkan agar diadakan juga program yang berkaitan dengan psikologi pendidikan kepada pengguna media sosial, terutamanya dalam melatih mereka menyaring kesahihan berita.

Menurut Hani pula, pengguna siber di Malaysia telah terbiasa mendapat berita yang berpandu seperti dalam televisyen, radio dan akhbar. Oleh itu, apabila mereka menerima berita melalui siber, pasti mereka akan tertanya-tanya akan kesahihan berita tersebut.

Dr. Hani Salwah Yaakup, Pensyarah Komunikasi dan Media, Universiti Putra Malaysia selaku ahli panel untuk forum tersebut.

Dr. Hani Salwah Yaakup, Pensyarah Komunikasi dan Media, Universiti Putra Malaysia selaku ahli panel untuk forum tersebut.

Hani turut menyentuh tentang penggunaan bahasa siber yang tidak tepat. Menurut beliau, jika dahulu, ruang untuk menulis agak terhad menyebabkan pengguna menggunakan ejaan yang singkat dalam penulisan. Tetapi pada hari ini, walaupun ruang menulis lebih luas, pengguna tetap menggunakan ejaan singkat yang terkadang tidak dapat difahami oleh pembaca.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Hajah Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP, Puan Aminah Awang Basar, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP, dan Encik Usman Gumanti Ibrahim, Setiausaha II GAPENA.

Bergambar kenangan bersama-sama Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Puan Hajah Padilah Haji Ali (tiga dari kiri) dan Encik Usman Gumanti Ibrahim, Setiausaha II GAPENA (dua dari kiri).

Bergambar kenangan bersama-sama Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Puan Hajah Padilah Haji Ali (tiga dari kiri) dan Encik Usman Gumanti Ibrahim, Setiausaha II GAPENA (dua dari kiri).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050225
    Visit Today : 1070
    This Month : 32824
    Total Visit : 1050225
    Hits Today : 5605
    Total Hits : 4310366
    Who's Online : 17
  • Kategori