Pada tahun 2018, konsep sambutan Hari Guru ditumpukan kepada pelaksanaan untuk menggerakkan gelombang guru seluruh negara untuk bersama-sama berganding dengan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi merealisasikan transformasi pendidikan negara, seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan dengan hal itu, bersempena dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada bulan Mei setiap tahun, forum “Kebersamaan Pemikiran Guru dalam Kemenjadian Murid” diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Mei 2018 yang lalu. Forum ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Institut Aminuddin Baki dan Bahagian Pendidikan Guru KPM.

Kategori: Berita, Featured

Tirai Mei 2018 dibuka dengan Program Pemilihan Peserta Terbaik Bakat Siswa 2018 rentetan daripada penangguhan Bengkel Pembinaan Bakat Siswa 2018: Penulisan Ilmiah pada awal Mac yang lalu. Pada bulan tersebut, peserta diberi tugasan untuk menyiapkan kertas kajian dan membuat pembentangan karya serta teori sastera.

Kategori: Berita, Featured

PADA 2 Mei 2018 yang lalu, bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Pakej Buku Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Pentas Utama Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, yang merupakan tokoh pemartabat bahasa Melayu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Pada 30 April 2018 yang lalu, lawatan rasmi Duta Besar China ke Malaysia,Tuan Yang Terutama (TYT) Bai Tian dan delegasi penerbit dari China ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah memperlihatkan kelangsungan hubungan antara Malaysia dengan China yang dirangka melalui kerjasama dalam bidang diplomatik. Usaha ini telah memberikan penanda aras yang positif kepada semua pihak, terutama dalam merancakkan industri penerbitan antara kedua-dua buah negara melalui urus dagang hak cipta yang diusahakan oleh DBP dan penerbit dari China.

Kategori: Berita, Featured

Majlis pelancaran buku DBP “Jauhari Jua Mengenal Manikam” diadakan pada 3 Mei 2018 di Pusat Dagangan Putra (PWTC). Tiga buah buku dilancarkan, iaitu Simbolisme Dalam Motif Songket Melayu Terengganu nukilan Arba’iyah Ab. Aziz, Emas Ratu Segala Logam karangan Wan Fuad Wan Hassan, dan Batu Permata tulisan Habibah Hj. Jamil. Majlis pelancaran dilakukan oleh Puan Aididah Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, yang mewakili ketua pengarahnya.

Kategori: Berita, Featured

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UKM mengadakan Siri Wacana ATMA yang bertajuk "Kelestarian Pantun: Generasi Baru, Persembahan Baru" pada 25 April 2018 bertempat di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, UKM.

Kategori: Berita, Featured

Pesta buku merupakan lokasi yang amat sesuai dikunjungi oleh pencinta buku. Pesta buku sentiasa mendapat sambutan bukan sahaja daripada warga kota malahan juga daripada masyarakat luar negara. Waktu inilah pelbagai jenis genre buku ada dijual.

Kategori: Berita, Featured

Tarikh 26 April 2018 merupakan hari bersejarah buat warga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana dikunjungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersempena Majlis Titah Diraja. Majlis ini diadakan di Auditorium DBP, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1054251
    Visit Today : 1196
    This Month : 2504
    Total Visit : 1054251
    Hits Today : 4037
    Total Hits : 4327555
    Who's Online : 6
  • Kategori