Oleh NURDIANA MOHD NOR

PADA 2 Mei 2018 yang lalu, bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Pakej Buku Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Pentas Utama Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, yang merupakan tokoh pemartabat bahasa Melayu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

James T. Collins, penulis buku 'Malay World Language A Short History' Third Edition.

James T. Collins, penulis buku ‘Malay World Language A Short History’ Third Edition.

Sebanyak 11 buah buku bahasa terbitan DBP telah dilancarkan pada hari tersebut, iaitu Semantik Ranahan dalam Kamus Dwibahasa Melayu-Inggeris; Rona-rona Bahasa Kita; Kosa Kota Peribahasa Melayu Sarawak; Teori Sintaksis Bahasa Melayu; Bahas-bahasa Utama Dunia Suatu Pengenalan; Kata Bersinonim dalam Bahasa Melayu Edisi Kedua; Bahasa Melayu untuk Pelancong ‘Bahasa Melayu for Tourist’; Malay World Language A Short History Third Edition; Semantik dan Interpretasi; Ilmu al-Ma’ani dalam Terjemahan Arab-Melayu; Eksplorasi Terjemahan Teks Teknikal dan Separa Teknikal.

Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, tokoh pemartabat bahasa Melayu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, tokoh pemartabat bahasa Melayu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Dr. Teo Kok Seong, dalam ucapannya berkata, penerbitan buku-buku bahasa perlu diperbanyakkan bagi rujukan dan panduan kepada khalayak terutamanya kepada orang bukan Melayu. Buku-buku ini dijadikan sebagai panduan mereka untuk mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci tentang sejarah bahasa Melayu, tatabahasa, terjemahan dan sebagainya. Misalnya buku Bahasa Melayu untuk Pelancong ‘Bahasa Melayu for Tourist’, yang diterbitkan dalam dwibahasa sangat bersesuaian kepada pelancong dan penutur asing mempelajari bahasa Melayu melalui pertuturan harian. Buku yang turut dilengkapi dengan senarai perkataan penting ini akan menambahkan lagi pengetahuan kosa kata pelancong asing.

Antara tetamu yang hadir dalam Pelancaran Pakej Buku Bahasa DBP.

Antara tetamu yang hadir dalam Pelancaran Pakej Buku Bahasa DBP.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP, Encik Kamarul Zaman Shaharudin; Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Pengedaran, DBP, Encik Azhar Mohamad Dora dan para penulis buku.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1055104
    Visit Today : 720
    This Month : 3357
    Total Visit : 1055104
    Hits Today : 2161
    Total Hits : 4330232
    Who's Online : 4
  • Kategori