Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

PADA 30 April 2018 yang lalu, lawatan rasmi Duta Besar China ke Malaysia,Tuan Yang Terutama (TYT) Bai Tian dan delegasi penerbit dari China ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah memperlihatkan kelangsungan hubungan antara Malaysia dengan China yang dirangka melalui kerjasama dalam bidang diplomatik. Usaha ini telah memberikan penanda aras yang positif kepada semua pihak, terutama dalam merancakkan industri penerbitan antara kedua-dua buah negara melalui urus dagang hak cipta yang diusahakan oleh DBP dan penerbit dari China.

Pelancaran empat Siri Buku Kebudayaan China oleh Duta Besar China ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Bai Tian (tengah).

Pelancaran empat Siri Buku Kebudayaan China oleh Duta Besar China ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Bai Tian (tengah).

Dalam majlis ini, telah diadakan Pelancaran Siri Buku Kebudayaan China, di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara DBP, oleh TYT Bai Tian. Empat buah buku yang dilancarkan ialah Book Series of Chinese Culture Ancient Chinese Poetry, Ancient Chinese Fiction, Ancient Chinese Traditional Operas dan Classical Chinese Poetry yang diterbitkan dengan kerjasama DBP, Persatuan Kebudayaan Han dan penerbit Zhejiang Publishing United Group.

Bersempena dengan lawatan tersebut, telah diadakan sesi menandatangani Surat Kenyataan Kerjasama Penerbitan antara DBP, Persatuan Kebudayaan Han dan Social Sciences Academic Press (SSAP), China.

Sesi menandatangani Surat Kenyataan Kerjasama Penerbitan antara DBP, Persatuan Kebudayaan Han dan Social Sciences Academic Press (SSAP), China.

Sesi menandatangani Surat Kenyataan Kerjasama Penerbitan antara DBP, Persatuan Kebudayaan Han dan Social Sciences Academic Press (SSAP), China.

Di samping itu juga, berlangsungnya pelancaran Pusat Penerbitan Inisiatif B&R China-Malaysia. Pusat Penerbitan Inisiatif B&R China-Malaysia dan Bahagian Editorial Buku Tema Khas Malaysia-China yang berpejabat di Tingkat 5, Bangunan Lama, DBP merupakan hasil daripada Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman antara SSAP dengan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia yang disaksikan oleh Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, semasa beliau mengepalai delegasi lawatan rasmi ke China pada pertengahan Januari 2018 yang lalu. Pusat tersebut akan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Kebudayaan Han Malaysia, dengan tujuan mengeratkan hubungan Malaysia-China dalam bidang kebudayaan, kesusasteraan, kebahasaan, penterjemahan dan penerbitan.

Pada sebelah petang telah diadakan Wacana Satu Jalur Satu Laluan, bagi memperkasakan kerjasama Malaysia-China demi pembangunan dan kemakmuran dari sudut kebudayaan. Wacana ini membariskan empat orang panel jemputan, iaitu Prof. Dato’ Dr. Awang Sariyan, Profesor Pengajian Dunia Melayu Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu; Datuk Zainal Abiddin Borhan, Ketua I Gapena; Datuk Majid Khan, Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China; dan Prof Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che Din, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Prof. Dato’ Dr. Awang Sariyan, Profesor Pengajian Dunia Melayu Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu ketika membentangkan kertas bertajuk, 'Bidang Terjemahan dalam Pengisian Inisiatif Jalur dan Laluan.

Prof. Dato’ Dr. Awang Sariyan, Profesor Pengajian Dunia Melayu Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk, ‘Bidang Terjemahan dalam Pengisian Inisiatif Jalur dan Laluan’.

Dr. Awang mencadangkan agar bidang penterjemahan dijadikan sebagai komponen asas wajib di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) supaya dapat diwujudkan kemakmuran dan perpaduan antara orang Melayu dengan Cina. Majid pula berkata, NGO perlu mengenal pasti projek berkaitan kebudayaan, warisan, pelancongan, yang bukan sahaja memusatkan hubungan antara Malaysia dengan China malah negara-negara lain juga.

Wacana ditutup dengan ulasan ringkas oleh Tan Sri Dato’ Sri Ong Tee Kiat yang mencadangkan agar diperbanyakkan penerbitan buku terjemahan bahasa Melayu ke bahasa Cina dan bahasa Cina ke bahasa Melayu. Katanya lagi, hubungan antara Malaysia dan China perlu diteruskan bukan sahaja dalam bidang bahasa dan sastera, malah apa-apa juga bidang yang dapat memberikan impak yang besar kepada kedua-dua buah negara.

Antara tetamu yang hadir dalam Wacana Satu Jalur Satu Laluan.

Antara tetamu yang hadir dalam Wacana Satu Jalur Satu Laluan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1053125
    Visit Today : 70
    This Month : 1378
    Total Visit : 1053125
    Hits Today : 148
    Total Hits : 4323666
    Who's Online : 8
  • Kategori