Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (PERWIRA) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menganjurkan Seminar Temu Puisi dan Persembahan Gema Puisi Putrajaya pada 29 November 2016 hingga 1 November 2016 bersempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) 2016. Seminar ini telah diadakan di Dewan 9, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya yang terbuka kepada semua penduduk Putrajaya serta kawasan sekitarnya yang berumur 15 tahun ke atas dan menawarkan tempat untuk 250 orang peserta.

Kategori: Berita, Featured

Program Wakaf Buku DBP merupakan inisiatif baharu bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai salah satu bentuk wakaf oleh masyarakat umum untuk diwakafkan kepada mereka yang memerlukan.

Kategori: Berita, Featured

Berikutan isu dan polemik tentang kewujudan Hang Tuah yang hebat diperdebatkan oleh para sarjana hari ini, Kelab Sastera dengan kerjasama Kelab Sejarah, Universiti Sains Malaysia terpanggil untuk mengadakan sebuah wacana yang membawa pakar-pakar dalam dua disiplin ilmu iaitu kesusasteraan dan juga sejarah.

Kategori: Berita

Pada 30 November yang lalu, telah berlangsung wacana cendekia yang diadakan di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), anjuran Bahagian Majalah DBP.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Pertandingan Dendangan Syair peringkat akhir pada 19 November 2016 yang lalu. Pertandingan ini berlangsung di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.

Kategori: Berita, Featured

Pertandingan berpidato dapat mencungkil kebolehan dan kemahiran seseorang berkomunikasi serta berhujah dan melontarkan idea secara kritis. Usaha sebegini merupakan salah satu langkah memartabatkan bahasa Melayu agar terus diterima dalam konteks komunikasi awam.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan malaysia telah menganjurkan Wacana Teater 2016: Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran melalui Teater (Lakonan dan Drama) pada 17 November 2016 di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, DBP yang telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Abang Zainal Abang Abdul Latiff.

Kategori: Berita

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga buah negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya, Majlis ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Encik Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S. H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ditukar menjadi MABBIM, iaitu singkatan kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia apabila Negara Brunei Darussalam ikut serta sebagai anggota tetap Majlis ini pada 4 November 1985. Singapura telah ikut serta dalam Majlis ini sejak tahun 1985 sebagai anggota pemerhati, diikuti dengan Thailand pada tahun 2015.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1045867
    Visit Today : 763
    This Month : 28466
    Total Visit : 1045867
    Hits Today : 2494
    Total Hits : 4293059
    Who's Online : 9
  • Kategori