OLEH NORAZLINDA MISRAN

PROGRAM Wakaf Buku DBP merupakan inisiatif baharu bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai salah satu bentuk wakaf oleh masyarakat umum untuk diwakafkan kepada mereka yang memerlukan.

Program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Pengedaran dan Pemasaran (2P) ini mendapat kerjasama daripada Perbadanan Wakaf Selangor dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Penyampaian cenderamata kepada wakil Pusat Tahfiz.

Penyampaian cenderamata kepada wakil Pusat Tahfiz.

15676336_1726678540691453_5986089576443416924_o

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Don Daniyal oleh Yang Berbahagia Encik Kamarul Zaman Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP.

Tempoh pelaksanaan program ini bermula dari 27 Disember 2016 sehingga 60 Jun 2017 bertempat di cawangan Bank Islam seluruh Malaysia, Kedai Buku DBP dan promosi/jualan bergerak Ujana Buku.

Selain itu, program wakaf ini juga boleh dibuat melalui laman sesawang http://dbpniaga.my atau membuat pembayaran di mesin deposit tunai Bank Islam ke akaun Dewan Bahasa dan Pustaka (wakaf) yang bernombor 14 0230 1004 8807. Nilai wakaf yang boleh dibuat bermula dari RM10 dan ke atas dan pewakaf boleh menggunakan resit rasmi wakaf untuk membuat tuntutan pelepasan cukai pendapatan.

MSS_4695

Ustaz Don Danial turut diundang untuk memberi tazkirah berkaitan wakaf.Ustaz Don Danial turut diundang untuk memberi tazkirah berkaitan wakaf.

Setelah semua hasil wakaf dikumpulkan sehingga 30 Jun 2017, DBP dan Perbadanan Wakaf Selangor akan menukar jumlah wakaf yang terkumpul ini dengan kitab Tafsir Mubin dan Tafsir Maudhu’iy dan akan diagihkan kepada lima buah pusat tahfiz yang telah terpilih.

Sehubungan dengan itu, pada 27 Disember 2017 telah diadakan Majlis Pelancaran Program Wakaf Buku DBP yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Kamarul Zaman Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP. Pada masa yang sama turut diadakan Majlis Perasmian Surau Baitul Hikmah DBP Hulu Kelang dan tazkirah oleh Yang Berbahagia Ustaz Don Danial Don Biyajid.

Bergambar kenangan bersama-sama Ustaz Don Daniyal dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP.

Bergambar kenangan bersama-sama Ustaz Don Daniyal dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP.

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1048231
    Visit Today : 549
    This Month : 30830
    Total Visit : 1048231
    Hits Today : 1372
    Total Hits : 4300418
    Who's Online : 15
  • Kategori