OLEH AHMAD KHALILUL HAMEEDY

BERIKUTAN isu dan polemik tentang kewujudan Hang Tuah yang hebat diperdebatkan oleh para sarjana hari ini, Kelab Sastera dengan kerjasama Kelab Sejarah, Universiti Sains Malaysia terpanggil untuk mengadakan sebuah wacana yang membawa pakar-pakar dalam dua disiplin ilmu iaitu kesusasteraan dan juga sejarah. Wacana yang bertajuk ‘Hang Tuah dalam Wacana Mutakhir’ telah diadakan pada 14 Oktober 2016, menampilkan tiga orang panel bagi membincangkan persoalan kewujudan Hang Tuah ini. Panel-panel tersebut ialah Profesor Dato’ Seri Dr. Md Salleh Yaapar selaku Profesor Kesusasteraan Universiti Sains Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa daripada Universiti Putra Malaysia, dan Profesor Madya Abdul Rahman Ismail yang merupakan mantan pensyarah di Universiti Sains Malaysia. Seminar ini dimoderatorkan oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi mantan pensyarah Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Universiti Sains Malaysia.

Barisan Ahli Panel ‘Hang Tuah dalam Wacana Mutakhir’.

Barisan Ahli Panel ‘Hang Tuah dalam Wacana Mutakhir’.

Seminar ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kefahaman khususnya kepada mahasiswa tentang polemik kewujudan Hang Tuah dalam sudut persepsi yang berbeza, iaitu antara disiplin ilmu kesusasteraan dengan disiplin ilmu sejarah. Hal ini dapat memberikan pendedahan kepada mahasiswa itu sendiri untuk menjana pemikiran yang lebih progresif tentang isu kewujudan Hang Tuah berdasarkan pandangan yang berbeza dari dua sudut displin ilmu yang mempunyai metodologi yang berbeza. Selain itu, seminar yang dianjurkan ini juga bertujuan untuk memupuk kecaknaan golongan mahasiswa terhadap isu semasa yang melibatkan isu-isu budaya dan sejarah tanah air.

Melalui seminar ini, mahasiswa khususnya, didedahkan dengan satu sudut pandang yang berbeza terhadap sosok tubuh yang bernama Hang Tuah. Jika sebelum ini, Hang Tuah hanya dikenali sebagai sosok yang berada dalam lipatan sejarah Melayu, namun melalui seminar ini, Hang Tuah ditonjolkan sebagai seorang Wira Budaya yang mempunyai nilai-nilai peribadi yang tinggi, sehingga boleh dianggap sebagai ikon kepada bangsa Melayu, bahkan jika menafikan kewujudannya, boleh mengakibatkan bangsa Melayu hilang memorinya terhadap ketokohan yang banyak mempengaruhi tamadun Melayu itu sendiri.

Para hadirin sedang khusyuk mendengar perbentangan daripa ahli panel.

Para hadirin sedang khusyuk mendengar perbentangan daripa ahli panel.

Seminar ini membuka mata para hadirin apabila bukti-bukti baharu yang ditemui oleh Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa mengukuhkan lagi bukti kewujudan Hang Tuah dalam sejarah Melayu. Bukti-bukti yang terhasil daripada kajian beliau terhadap surat-surat daripada Kerajaan Ryukyu membuktikan bahawa kewujudan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka yang disokong pula oleh bukti sekunder iaitu Sulalatus Salatin dan juga Hikayat Hang Tuah. Bukti-bukti kewujudan Hang Tuah, diulas secara kritikal pula oleh panel ketiga iaitu Profesor Madya Abdul Rahman Ismail daripada sudut pandang sejarah.

Ahli panel, moderator, dan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang turut hadir dalam seminar tersebut.

Ahli panel, moderator, dan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang turut hadir dalam seminar tersebut.

Penyelidikan tentang Hang Tuah ini masih lagi diteruskan dan sehingga kini pakar-pakar dari pelbagai disiplin ilmu mula cuba merungkai siapakah Hang Tuah yang sebenar, bahkan pada akhir seminar ada disebutkan seorang tokoh sejarah yang mengkaji pengakhiran hidup Hang Tuah yang dikatakan berusia 80 tahun pada tahun 1511, selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1048878
    Visit Today : 1196
    This Month : 31477
    Total Visit : 1048878
    Hits Today : 3993
    Total Hits : 4303039
    Who's Online : 12
  • Kategori