Oleh NURDIANA BINTI MOHD NOR

 

Gambar 1

Dari kiri: Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi, dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Ghouse Nasuruddin.

PADA 30 November yang lalu, telah berlangsung wacana cendekia yang diadakan di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), anjuran Bahagian Majalah DBP. Dengan tajuk, ‘Berakal Antarabangsa, Berakar Kebangsaan’, wacana ini menampilkan dua orang ahli panel iaitu Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Ghouse Nasuruddin, Pensyarah di Pusat Pengajian Seni USM, dan panel kedua, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, Pensyarah di Pusat Kajian Dasar dan Penyelidikan Antarabangsa USM. Manakala Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi sebagai moderator.

Turut hadir dalam wacana tersebut ialah, Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bahagian Majalah DBP, karyawan DBP, penggiat bahasa dan sastera serta para media.

Gambar 2

Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican ketika menyampaikan syarahan.

Dalam wacana tersebut, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad menyatakan bahawa bangsa Eropah sejak dahulu telah menjajah kita di Malaysia, sebagai contoh, melalui penubuhan sekolah-sekolah Inggeris di Malaya. Kesan penubuhan itu, ramai bangsa di Malaysia berbangga dengan sistem pendidikan Inggeris dan sehingga kini, Melayu, khususnya, menunjukkan sikap dan kelakuan mereka melalui pengaruh Inggeris.

Gambar 3

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Ghouse turut memberi pandangan dalam isu yang dibincangkan.

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Ghouse turut bersetuju dengan penyataan Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad. Beliau turut bereaksi, menyatakan unsur-unsur pembudayaan yang ada di sekeliling boleh mengubah seseorang melalui kelakuan dan sikap mereka sendiri dalam menanganinya, sama ada menerima atau menolak unsur-unsur tersebut.

Seterusnya, beliau turut bermain alat muzik tradisional, lagu Mak Yong, sambil diiringi persembahan tarian Mak Yong oleh penggiat seni Mak Yong, Encik Rosnan Rahman. Secara tersirat, melalui persembahan tersebut, beliau cuba menyampai dan mengekalkan seni tradisional di Malaysia, yang semakin hari semakin ditinggalkan generasi muda. Jati diri ini perlu ada dalam diri, walaupun pelbagai pengaruh Inggeris mula menguasai minda Melayu, khususnya.

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Ghouse turut

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Ghouse turut bermain alat muzik tradisional, lagu Mak Yong dengan diiringi persembahan tarian Mak Yong oleh penggiat seni Mak Yong, Encik Rosnan Rahman.

Dalam wacana tersebut juga, kedua-dua ahli panel meminta agar tokoh Za’ba dijadikan sebagai perujuk, kerana Za’ba merupakan manusia yang pelbagai, bukan saja pendeta Melayu, malah ia sebagai ikon antarabangsa, ahli falsafah yang mempunyai pemikiran yang halus.

Sebagai penutup wacana, sekali lagi audiens dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu irama tradisional oleh Encik Rosnan Rahman diiringi gesekan biola oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamed Ghouse.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1057953
    Visit Today : 1140
    This Month : 6206
    Total Visit : 1057953
    Hits Today : 5977
    Total Hits : 4344760
    Who's Online : 15
  • Kategori