OLEH SITI MARIAM ABDUL RASID

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (PERWIRA) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menganjurkan Seminar Temu Puisi dan Persembahan Gema Puisi Putrajaya pada 29 November 2016 hingga 1 Disember 2016 bersempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) 2016. Seminar ini telah diadakan di Dewan 9, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya yang terbuka kepada semua penduduk Putrajaya serta kawasan sekitarnya yang berumur 15 tahun ke atas dan menawarkan tempat untuk 250 orang peserta.

Pada 29 hingga 30 November 2016, telah diadakan Bengkel Penulisan Puisi Putrajaya serta Bengkel Penulisan Rencana dan Sajak Sains dan Nanoteknologi. Bengkel ini telah dibahagikan kepada empat segmen iaitu pendedahan dan latihan penulisan melalui seminar, lawatan di sekitar Putrajaya, persembahan puisi dan penerbitan manuskrip.

Yang Berbahagia Tan Sri Prof. Dr. Abdul Latiff bin Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Tan Sri Prof. Dr. Abdul Latiff bin Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Bengkel yang diadakan ini membuka peluang kepada peserta agar kreatif dalam penulisan nazam, pantun, seloka, syair dan gurindam. Peserta bengkel mendapat bimbingan secara formal dalam bidang penulisan kreatif melalui para penyair yang hebat-hebat seperti Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Zurinah Hassan dan Dr. Rahman Shaari atau lebih dikenali sebagai Tahfiz Puisi. Aspek yang disentuh oleh pembimbing dalam bengkel ini adalah tentang proses penulisan puisi, mempamerkan emosi dan muatan pemikiran dalam karya.

Ucapan perasmian penutup oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ucapan penutupan oleh Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada hari kedua, dalam penulisan puisi, pembimbing menerangkan puisi secara umum seterusnya menyentuh pembinaan jasad puisi dan proses memberikan nyawa kepada puisi. Pada waktu petang, para peserta dibawa bersiar-siar di sekitar Putrajaya. Beberapa buah tempat menarik telah dilawati seperti Bangunan Perbadanan Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan, Masjid Putra, Istana Melawati, tasik Putra, Monumen Milenium, Taman Selatan, Pusat Konvensyen Putrajaya, dan banyak lagi. Di samping itu, para peserta diminta menulis puisi dan menghantar karya mereka bagi mendedahkan peserta mengenai peranan sains dan nanoteknologi dalam memacu kemajuan dan membina peradaban

Satu sesi latihan menulis telah diadakan di akhir program bagi memperkukuhkan lagi penulisan peserta dalam menghasilkan puisi yang lebih bermutu. Setiap peserta dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya dua buah puisi berdasarkan tema yang telah diberikan. Karya-karya yang bermutu akan diterbitkan dalam bentuk buku dan dipaparkan di media massa sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2017 dan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa (PIIACUF) 2017.

Seminar Temu Puisi dan Gema Puisi oleh tokoh-tokoh penceramah yang terkenal.

Seminar Temu Puisi dan Gema Puisi dihadiri oleh penceramah yang terkenal.

Seterusnya, pada 1 Disember 2016, Seminar Temu Puisi dan Gema Puisi telah diadakan dengan tema mencorak peradaban Islam-sejagat. Beberapa skop perkara telah dibincangkan dalam seminar ini seperti peranan penulis dalam memperkasakan peradaban Malaysia, pengalaman dan proses pengkaryaan sasterawan negara, sumbangan penulis dalam pembinaan peradaban negara bangsa Malaysia dan peranan puisi warisan dalam pembinaan peradaban Melayu serumpun.

persembahan sajak daripada Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Zurinah Hassan.

Persembahan sajak oleh Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Zurinah Hassan.

Beberapa buah persembahan Gema Puisi telah diadakan di akhir program seperti persembahan dondang sayang daripada Institut Seni Melaka, persembahan nazam, persembahan sajak daripada Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Zurinah Hassan dan ramai lagi penyair yang turut menyampaikan persembahan masing-masing. Seminar ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para penceramah.

Penyampaian cenderamata kepada penceramah.

Penyampaian cenderamata kepada penceramah.

Usaha DBP mengadakan seminar ini merupakan langkah yang baik kerana dapat memartabatkan puisi Melayu tradisional agar kekal diwarisi generasi hari ini dan akan datang. Selain itu, seminar ini secara tidak langsung memberi pengalaman baharu kepada peserta sekali gus menjadi medan untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat penyair untuk menghasilkan puisi yang bermutu. Sekiranya hasrat dan impian ini

Persembahan oleh para pelajar Institut Seni Negeri Melaka.

Persembahan oleh Institut Seni Negeri Melaka.

tercapai, maka ia akan selari dengan hasrat Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (PERWIRA) untuk melestarikan warisan budaya bangsa. Para peserta bengkel ini akan menyambung warisan puisi Melayu Tradisional ini seiring perkembangan zaman yang serba moden hari ini.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1052423
    Visit Today : 676
    This Month : 676
    Total Visit : 1052423
    Hits Today : 3104
    Total Hits : 4321050
    Who's Online : 9
  • Kategori