Untuk terus kekal relevan dalam dunia serba mencabar ini, setiap organisasi perlu menanam iltizam untuk sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti menjadi sebahagian perkara asas untuk melonjakkan citra organisasi. Setiap produk yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan perlu sentiasa dijajar agar selari dengan perkembangan teknologi dan kehendak pelanggan dan masyarakat. Hal ini amat penting bagi memastikan usaha memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu terus kekal sebagai salah satu agenda nasional.

Kategori: Berita, Featured

Karnival Bahasa Jiwa Bangsa diadakan pada 10 dan 11 Oktober 2015 yang lalu di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Program yang bertemakan “Kearifan Tempatan Merentas Budaya/Bahasa Merentas Bidang dan Budaya” ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan kegiatan bahasa, budaya dan sastera kebangsaan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum di negeri tersebut.

Kategori: Berita, Featured

Seni warisan pantun Melayu yang memaparkan ketinggian budi dan nilai bangsa telah diwarisi sejak dahulu lagi. Pantun sebagai puisi tradisional merupakan ekspresi masyarakat pada zaman silam menggunakan kebijakan kata-kata dalam menyampaikan maksud secara tersirat.

Kategori: Berita, Featured

Buku Kanak-kanak Kampung Bahagia mengisahkan Salim seorang kanak-kanak di Kampung Bahagia yang sangat periang dan dianggap nakal oleh kedua-dua ibu bapanya, iaitu Mak Timah dan Pak Salam.

Kategori: Buku Baharu, Featured

Oktober semestinya bulan yang dinanti-nantikan saban tahun oleh pencinta bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap tahun pada bulan Oktober, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK), iaitu salah satu program tahunan negara.

Kategori: Editorial, Featured

Buku ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi penulis yang mempunyai anak sindrom Down. Perkongsian ini bertujuan untuk memaksimumkan potensi bayi dan kanak-kanak sindrom Down.

Kategori: Buku Baharu, Featured

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) ke-15 yang bertemakan “Sinergi Komuniti Terjemahan: Akademia, Industri dan Amalan Profesional”, telah diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 Ogos 2015 yang lalu. Persidangan yang dianjurkan oleh Persatuan Penterjemahan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Perbadanan Kota Buku ini, telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi.

Kategori: Berita, Featured

Pada tahun 1993, Negeri Sarawak julung kalinya telah dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan semasa Sarawak menyambut perayaan 30 tahun Sarawak dalam Malaysia. Kini, semasa Kuching baru diisytiharkan sebagai “Bandaraya Perpaduan” oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak pada 1 Ogos 2015, sekali lagi Negeri Sarawak telah dijadikan tuan rumah bagi pertandingan yang bersejarah ini.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1059209
    Visit Today : 1099
    This Month : 7462
    Total Visit : 1059209
    Hits Today : 3969
    Total Hits : 4349370
    Who's Online : 19
  • Kategori