Oleh NORAZLINDA MISRAN

Karnival Bahasa Jiwa Bangsa diadakan pada 10 dan 11 Oktober 2015 yang lalu di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Program yang bertemakan “Kearifan Tempatan Merentas Budaya/Bahasa Merentas Bidang dan Budaya” ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan kegiatan bahasa, budaya dan sastera kebangsaan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum di negeri tersebut.

ASA_4348a

Senamrobik Bahasa Jiwa Bangsa yang disertai oleh pelajar sekolah, institut pengajian tinggi dan orang awam.

Aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ini lebih berunsur didikhibur dan dilaksanakan secara santai dengan penglibatan pelbagai pihak.Karnival Bahasa Jiwa Bangsa ini dimulakan dengan senamrobik Bahasa Jiwa Bangsa. Hampir 200 orang peserta telah menyertai senamrobik ini.

Selain itu, aktiviti yang turut diadakan sepanjang karnival ini ialah ekspresi jiwaku iaitu acara cap tangan beramai-ramai pada kain rentang gergasi Bahasa Jiwa Bangsa, eksplorasi bahasa, pertandingan lagu puisi pelajar antarabangsa, persembahan koir kod tangan, dan pertandingan puisi berlagu dan pantun berirama.

Peserta Pertandingan Lagu Puisi Pelajar Antarabangsa bergambar kenangan bersama-sama Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Encik Rusli Abd. Ghani.

Peserta Pertandingan Lagu Puisi Pelajar Antarabangsa bergambar kenangan bersama-sama Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Encik Rusli Abd. Ghani.

Pada malamnya pula, diadakan  “Malam Bahasa Jiwa Bangsa” yang menampilkan beberapa persembahan istimewa, seperti mek mulung, dikir barat Arjuna Sukma, lagu puisi oleh Datuk Ramli Sarip dan deklamasi puisi oleh YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah. Turut mendeklamasikan puisi pada malam tersebut Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP, YB Dato’ Jaya Budiman Dato’ Paduka Haji Mohd. Puat Haji Mohd Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, wakil Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), dan Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz, mantan Ketua Pengarah DBP.

Pada 11 Oktober 2015 pula, diadakan pertandingan mewarnai lukisan, melukis poster, cakna bahasa, dan penyampai radio. Selain itu, turut diadakan persembahan qasidah, pancaragam, puisi, syair dan gurindam.

Pertandingan mewarna oleh pelajar tadika.

Pertandingan mewarna oleh pelajar tadika.

Pameran Karnival Bahasa Jiwa Bangsa turut diadakan sepanjang acara ini berlangsung. Selain DBP, pempamer yang terlibat ialah:

1.Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah

2.Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

3.Penerbit Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

4.Penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM)

5.Jabatan Mufti Negeri Kedah

6.Pusat Sains Negara, Cawangan Wilayah Utara

7.Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM)

8.Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah

9.Lembaga Muzium Negeri

10.Perpustakaan Negeri Kedah

11.Jabatan Penjara Kedah

12.Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)

13.AADK Negeri Kedah

14.Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah

15.Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

16.Pustaka Rihaz (wakil Telaga Biru)

17.Orionids Enterprise

18.Toko Buku Cahaya Baru Sdn. Bhd. Pembekal buku Dewan Bahasa & Pustaka

19.Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Karnival ini dianjurkan oleh DBP dengan kerjasama Pejabat SUK, Majlis Perbandaran/Bandaraya Alor Setar, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Muzium Negeri, Persatuan Sejarah, Y-Center, KEDA, IPD dan RTM.

ASA_5501a

Urus setia yang terlibat dengan Karnival Bahasa Jiwa Bangsa.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1031626
    Visit Today : 585
    This Month : 14225
    Total Visit : 1031626
    Hits Today : 1759
    Total Hits : 4224031
    Who's Online : 7
  • Kategori