Persidangan seumpama ini sememangnya dinanti-nantikan oleh para penterjemah dari dalam dan luar negara kerana ia merupakan platform bagi penterjemah dari seluruh dunia bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu mereka. Banyak isu menarik yang timbul hasil pembentangan kertas kerja yang merangkumi pelbagai skop yang disediakan.
BULAN Mei bulan perayaan. Pelbagai perayaan disambut, bermula dengan sambutan Hari Ibu, Hari Belia, Hari Guru, dan cuti umum kerana sambutan Hari Wesak, Hari Pekerja, Hari Gawai, Hari Keamatan dan yang paling menggembirakan pelajar terutamanya murid-murid sekolah rendah ialah cuti sekolah pertengahan tahun atau cuti semester kedua. Namun, antara sambutan yang tidak kurang meriahnya ialah sambutan Hari Ibu yang bermula pada awal bulan sehingga berakhirnya bulan Mei.
BULAN April 2011 genap setahun Klik Web DBP diterbitkan secara maya. Walaupun masih setahun jagung, hasrat dan tujuan penerbitan Klik DBP dalam sisipan akhbar Berita Harian suatu ketika dahulu masih diteruskan oleh Klik Web DBP sehingga kini, cuma dalam bentuk yang berbeza. Daripada media cetak kepada media elektronik, dan bermula bulan April ini bentuk akhbar digital ini bersifat lebih interaktif.
SEMASA menyelak helaian sebuah majalah hiburan tempatan yang agak tinggi peredarannya, agak terkejut juga penulis apabila mendapati beberapa perkataan yang kurang tepat penggunaannya dari segi tatabahasa. Walaupun bukan sebuah majalah ilmiah, majalah hiburan juga memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kerana bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu.
DALAM ucapan Amanat Tahun Baharu yang baru lalu, Ketua Pengarah menyarankan warga DBP agar berusaha meningkatkan ilmu, antaranya dengan rajin membaca. Malahan untuk merealisasikan hasrat ini, Bahagian Sumber Manusia dikehendaki merangka latihan bagi memastikan pegawai-pegawai DBP dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan penanaman nilai murni yang lain bagi meningkatkan kompetensi seseorang pegawai.