Oleh NORAZLINDA MISRAN

Untuk terus kekal relevan dalam dunia serba mencabar ini, setiap organisasi perlu menanam iltizam untuk sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti menjadi sebahagian perkara asas untuk melonjakkan citra organisasi. Setiap produk yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan perlu sentiasa dijajar agar selari dengan perkembangan teknologi dan kehendak pelanggan dan masyarakat. Hal ini amat penting bagi memastikan usaha memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu terus kekal sebagai salah satu agenda nasional.

Aninah Janang, Editor Dewan Sastera memenangi Anugerah Citra Karya DBP.

Aninah Janang, Editor Dewan Sastera memenangi Anugerah Citra Karya DBP.

Oleh itu, dalam mendepani cabaran getir globalisasi, DBP terus memberi tumpuan kepada pendekatan inovasi sosial. Perluasan saluran dan akses rakyat sebagai pengguna perkhidmatan dilaksanakan melalui pewujudan rangkaian perkhidmatan seperti Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Sistem Bahasa Melayu Bersepadu (SPMP), Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) dan Gerbang Kata. Rangkaian perkhidmatan ini diwujudkan khususnya bagi membantu khalayak penyelidik melaksanakan aktiviti pembinaan dan penyelidikan bahasa serta membantu masyarakat mendapatkan khidmat nasihat bahasa, sastera dan penerbitan secara dalam talian.

Bagi meluaskan capaian pelanggan dan masyarakat khususnya untuk mendapatkan bahan terbitan dalam bahasa Melayu, DBP turut mewujudkan rangkaian jualan bahan terbitan DBP secara dalam talian serta memperkenalkan Ujana Buku DBP sebagai salah satu wahana dalam strategi pemasaran dan pengedaran bahan terbitan DBP. Usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini dianggap faktor kritikal dalam memenuhi keperluan perkembangan teknologi terkini serta perubahan kehendak masyarakat.

ZAI_7978

YBhg. Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Sehubungan dengan itu, Majlis Hari Inovasi DBP 2015 telah diadakan pada 1 Oktober 2015 yang lalu bertempat di Auditorium DBP. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam ucapan perasmian, beliau menyeru kepada seluruh warga kerja DBP agar mengamalkan prinsip pekerja berinovasi yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu berilmu, kebolehpercayaan, budaya amalan kerja terbaik, semangat patriotik, budaya keberhasilan yang berteraskan hasil, budaya kreativiti dan inovasi, nilai tambah dan permuafakatan kerja.

ZAI_7924

Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Dr. Haji Awang Sariyan sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Menurutnya lagi, inovasi ibarat satu penerokaan dan pengembaraan yang tiada penghujungnya. Kepesatan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menuntut DBP sentiasa berfikiran kreatif dan konstruktif serta mencari metodologi baharu dalam penyampaian perkhidmatan dan produk, yang mampu melepasi jangkaan pelanggan dan masyarakat. Penerokaan dan pengembaraan inovasi ini bukan hanya bersifat individualistik, malah boleh dilaksanakan secara bersinergi dengan melibatkan rakan bestari daripada sektor awam dan sektor swasta.

Turut memberi ucapan dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Dr. Haji Awang Sariyan. Menurut beliau, DBP merupakan sebuah organisasi yang berperanan mengembangkan bahasa Melayu dalam semua bidang dan mencakupi pelbagai sektor, termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan, pelajar dan masyarakat umum. Untuk terus kekal relevan dalam dunia serba mencabar ini, DBP perlu menanam iltizam untuk sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan.

ZAI_7897

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), En. Kamarulzaman Shaharudin sedang memberi penerangan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia tentang pameran Hari Inovasi DBP.

Dalam majlis tersebut, turut diadakan ialah pelancaran e-buku DBP dalam portal DBP Digital dan e-Sentral. Selain itu, gimik pelancaran Ujana Buku DBP turut diadakan. Pada majlis tersebut turut diadakan penyampaian hadiah kepada penerima Hadiah Karyawan Inovatif Ketua Pengarah, Hadiah Galakan Inovasi, Anugerah Citra Karya, Anugerah Citra Penerbitan, Anugerah Citra Program/Projek dan Anugerah Citra Sahabat.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014. Semoga anugerah yang diberikan ini akan menyuntik semangat kepada semua warga kerja DBP untuk terus memberikan khidmat bakti yang cemerlang kepada organisasi dan pengiktirafan yang diberikan ini diharap akan menjadi galakan kepada setiap warga DBP untuk senantiasa berusaha meningkatkan kreativiti dan melakukan inovasi dalam kerja demi meneruskan kelangsungan bahasa Melayu dalam era yang semakin mencabar.

Majlis Pelancaran Hari Inovasi DBP 2015.

Majlis Pelancaran Hari Inovasi DBP 2015 oleh YBhg. Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044941
    Visit Today : 1362
    This Month : 27540
    Total Visit : 1044941
    Hits Today : 5136
    Total Hits : 4290109
    Who's Online : 9
  • Kategori