Oleh MAZNUN ARIFA MOHAMMADAN MAKHTAR

Seni warisan pantun Melayu yang memaparkan ketinggian budi dan nilai bangsa telah diwarisi sejak dahulu lagi. Pantun sebagai puisi tradisional merupakan ekspresi masyarakat pada zaman silam menggunakan kebijakan kata-kata dalam menyampaikan maksud secara tersirat. Gabungan antara kesenian rangkap pantun dan seni visual menghasilkan karya kreatif yang amat menarik untuk dihayati oleh para pengunjung.

YBhg. Tan Sri Kamarul Ariffin bin Mohamed Yassin menurunkan tandatangan pada plak perasmian Pameran Wajah Pantun.

YBhg. Tan Sri Kamarul Ariffin bin Mohamed Yassin menurunkan tandatangan pada plak perasmian Pameran Wajah Pantun.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya telah menganjurkan Pameran Wajah Pantun bermula dari 1 hingga 30 September 2015 bertempat di Galeri Seni, Universiti Malaya. Pameran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Kamarul Ariffin bin Mohamed Yassin.

Seramai 29 orang pelukis daripada beberapa galeri telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam pameran ini. Dewan Bahasa dan Pustaka telah memilih 42 rangkap pantun daripada buku “Kurik Kundi Merah Saga”, iaitu buku pantun DBP yang merangkumi pelbagai tema untuk diterjemahkan dalam bentuk seni visual. Antara tema yang ditampilkan ialah peribahasa, kiasan, jenaka, kembara/perantauan, pahlawan, percintaan, budi dan agama. Antara pengkarya seni yang terlibat ialah Anita Abdul Aziz, Ahmad Faiz Che Juha, Fythullah Hamzah, Jing Chung dan Sharmiza Abu Hassan.

YBhg. Tan Sri Kamarul Ariffin melawat pameran.

YBhg. Tan Sri Kamarul Ariffin melawat pameran.

Usaha yang dilaksanakan bersama antara tiga pihak ini dapat memelihara dan memartabatkan warisan bangsa Melayu melalui karya-karya seni yang unggul dan unik. Melalui kaedah ini, pantun juga dapat dilihat mempunyai potensi sebagai produk kesenian yang berharga serta mampu mengangkat kekuatan imaginasi para pengkarya dalam menterjemahkan hasil penulisan kepada bentuk visual.

YBhg. Tan Sri Kamarul Ariffin diberi penerangan tentang hasil karya seni visual oleh Mohd. Fazli Othman, salah seorang pengkarya.

YBhg. Tan Sri Kamarul Ariffin diberi penerangan tentang hasil karya seni visual oleh Mohd. Fazli Othman, salah seorang pengkarya.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044484
    Visit Today : 905
    This Month : 27083
    Total Visit : 1044484
    Hits Today : 3104
    Total Hits : 4288077
    Who's Online : 11
  • Kategori