Oleh NURDIANA MOHD NOR

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) ke-15 yang bertemakan “Sinergi Komuniti Terjemahan: Akademia, Industri dan Amalan Profesional”, telah diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 Ogos 2015 yang lalu. Persidangan yang dianjurkan oleh Persatuan Penterjemahan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Perbadanan Kota Buku ini, telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi.

PPA adalah mercu tanda yang dikenali oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang terjemahan, bukan sahaja di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa. Persidangan dwitahunan ini adalah satu-satunya persidangan terjemahan yang dianjurkan di Malaysia untuk semua pihak yang terlibat dalam bidang dan industri terjemahan, mencakupi para akademik dan pelajar.

Antara peserta yang hadir dalam persidangan tersebut.

Antara peserta yang hadir dalam persidangan tersebut.

Antara tujuan persidangan ini diadakan ialah, mewujudkan arena sejagat untuk wacana intelektual dan profesional mengenai teori terkini, pendekatan isu, perspektif, amalan, penyelidikan dalam bidang penterjemahan dan interpretasi. Selain itu, ia bertujuan menggalakkan pertukaran gagasan, pendapat dan pengalaman dalam bidang penterjemahan dan interpretasi, demi mencapai kecemerlangan akademik dan peri relevannya dalam industri.

Dalam ucapan perasmian, Dato’ Seri Idris memuji usaha Persatuan Penterjemahan Malaysia yang bekerjasama dengan pihak-pihak lain dalam mengadakan persidangan ini, dan berharap agar usaha ini dapat dijalankan secara berterusan.

YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi sedang menyampaikan ucapan perasmian.

YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada DBP yang mula bergerak aktif menerbitkan buku-buku ilmu dan persuratan Melayu. “Bermula dengan usaha penerbitan berpakej, dapat menghasilkan buku-buku mengikut ilmu-ilmu yang ada seterusnya menambahkan bilangan penjualan buku di pasaran,” kata beliau.

Ucapan tahniah juga kepada ITBM kerana menterjemahkan buku-buku daripada bahasa asing ke bahasa Melayu dan sebaliknya. ITBM terus mengorak langkah dengan lebih aktif, bukan saja dalam menerbitkan dan menterjemahkan buku-buku ke bahasa Melayu, malah turut aktif menterjemahkan hasil karya sastera ke bahasa Jerman, Perancis, Korea dan lain-lain.

Beliau berharap agar penglibatan Perbadanan Kota Buku dalam persidangan ini dapat meneruskan usaha kerjasama dengan badan-badan lain seperti DBP dan ITBM, serta mendekatkan dengan masyarakat bagi mengisi keperluan buku negara.

Menurut Dato’ Seri Idris lagi, meskipun dunia perbukuan semakin rancak, masih terdapat aspek yang perlu diberi perhatian oleh para penerbit iaitu menerbitkan buku dalam bidang Sains, Matematik dan Teknologi, dalam bahasa Melayu, yang boleh membantu memajukan negara.

“Semoga Persatuan Penterjemah Malaysia, DBP, ITBM dan Perbadanan Kota Buku meneruskan usaha terjemahan yang baik seperti ini, Kementerian Pendidikan Tinggi akan sentiasa menyokong usaha sebegini,” ujar beliau mengakhiri ucapan pada hari tersebut.

Premeira III

Pada majlis perasmian persidangan itu juga, Dato’ Seri Idris telah melancarkan empat buah buku terjemahan yang diterbitkan oleh ITBM iaitu Antartika Pengembaraan Malaysia ke Benua Ais; Penterjemahan sebagai Kerjaya; Melatih Penterjemah; dan The Pasai Chronicle.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035088
    Visit Today : 1304
    This Month : 17687
    Total Visit : 1035088
    Hits Today : 6468
    Total Hits : 4244802
    Who's Online : 7
  • Kategori