Pertandingan Forum Antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Piala Menteri Besar Perak telah dimulakan pada tahun 2011. Pertandingan ini terbuka kepada semua 27 buah IPG di seluruh negara. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bekerjasama dengan IPG Kampus Ipoh menganjurkan Pertandingan Forum Antara IPG 2012. Penglibatan DBP dalam pelaksanaan program IPG ini sejajar dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Kategori: Berita

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku Sekretariat Tetap S.E.A. Write Award bagi negara Malaysia melalui jawatankuasa yang telah dilantik, iaitu Jawatankuasa Pemilihan S.E.A. Write Award bagi tahun 2013 telah sebulat suara memilih Mohamed Ghozali bin Abdul Rashid atau Malim Ghozali PK sebagai calon penerima S.E.A. Write Award Tahun 2013 bagi negara Malaysia. Pencalonan tersebut telah mendapat pengesahan daripada Sekretariat S.E.A. Write Award di Bangkok, Thailand.

Kategori: Berita

Tanggal 28 Mei 2013 merupakan hari yang bersejarah kepada dunia kesusasteraan amnya dan Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) khususnya. Pada malam tersebut, Baha Zain telah dianugerahi gelaran Sasterawan Negara Ke-12 oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kategori: Berita

Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang menangani projek Kajian Leksikal Bahasa Daerah. Projek ini merupakan usaha mengumpul dan mendokumentasi data leksikal bahasa daerah yang akan dimanfaatkan dalam proses kerja pembentukan istilah, penyusunan kamus dan penyelidikan bahasa.

Kategori: Berita

Setiap tahun MABBIM akan mengadakan sidang yang diadakan secara bergilir-gilir dalam kalangan negara anggota. Tiga aktiviti utama yang diadakan sepanjang sidang ialah Sidang Pakar, Sidang Eksekutif dan Seminar Kebahasaan. Sidang Pakar mempertemukan pakar pelbagai bidang ilmu dalam kalangan negara anggota MABBIM.

Kategori: Berita

Berprestij dan gemilang! Itu ungkapan yang sesuai buat Majlis SEA Write Award dari dahulu hingga yang terkini untuk tahun 2012. Diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang dan dihadiri oleh keluarga diraja Thai tanpa mungkir walaupun sekali sepanjang 33 tahun, menunjukkan negara berkenaan memandang tinggi golongan penulis di negara mereka dan dari negara jiran.

Kategori: Berita

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) selaku Sekretariat Tetap anugerah “S.E.A. Write Award” bagi negara Malaysia melalui jawatankuasa yang telah dilantik, iaitu Jawatankuasa Pemilihan S.E.A. Write Award bagi tahun 2012 telah sebulat suara mencalonkan Ismail Kassan sebagai calon penerima anugerah S.E.A. Write Award Tahun 2012 bagi negara Malaysia.

Kategori: Berita

“Tahun 2015, ASEAN akan mempunyai pasaran terbuka. Ini bermakna bahawa produk dan perkhidmatan akan mempunyai pasaran yang lebih luas. Dengan lebih 300 juta penutur bahasa Melayu di rantau ini, bermakna peluang untuk bahasa Melayu digunakan oleh pasaran ASEAN juga akan lebih meluas,” tegas beliau ketika merasmikan Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Sektor Swasta di DBP.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1048963
    Visit Today : 1281
    This Month : 31562
    Total Visit : 1048963
    Hits Today : 4370
    Total Hits : 4303416
    Who's Online : 14
  • Kategori