Ismail Kassan

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) selaku Sekretariat Tetap  anugerah “S.E.A. Write Award” bagi negara Malaysia melalui jawatankuasa yang telah dilantik, iaitu Jawatankuasa Pemilihan S.E.A. Write Award bagi tahun 2012 telah sebulat suara mencalonkan Ismail Kassan sebagai calon penerima anugerah S.E.A. Write Award Tahun 2012 bagi negara Malaysia.

Pencalonan tersebut telah mendapat pengesahan daripada Sekretariat S.E.A. Write Award di Bangkok, Thailand pada 11 Oktober 2012. Ismail Kassan merupakan penerima anugerah yang ke-34 sejak anugerah tersebut diwujudkan pada tahun 1979.

Dengan penerimaan pencalonan ini, Ismail Kassan akan menghadiri Minggu S.E.A. Write Award 2012 pada 5 – 10 November 2012, dan akan menerima anugerah semasa acara kemuncak, iaitu pada Malam Gala dan Majlis Penganugerahan Anugerah pada 9 November 2012 di Oriental Hotel’s Royal Ballroom, Bangkok, Thailand.  Anugerah akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Puteri Sirivannavari Nariratana.

Dilahirkan di Johor Bahru pada 26 September 1954, Ismail bin Kassan mendapat pendidikan awal di Singapura dan di Johor sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Ekonomi (1976-1978). Penglibatan beliau dalam bidang penulisan bermula dengan karya dan arahan pertama beliau berjudul “Fajar Merah di Teluk Ketapang” pada tahun 1972. Sejak itu, Ismail telah mengarahkan lebih 10 pementasan teater dan menghasilkan lebih 35 karya dalam pelbagai genre, khususnya drama pentas. Ismail merupakan antara penulis yang paling banyak memenangi anugerah dan hadiah utama untuk karya drama beliau, antaranya  “Pelayaran Inderaputera 2” “Menanti Puteri Hijau” , Gelanggang Tuk Wali”, “jambatan Merah” dan lapan(8) yang lain,termasuk sebuah novel yang pernah menjadi teks sekolah di Malaysia dan Singapura (2007-kini).  Beliau sering diundang membentang kertas kerja di dalam dan luar negara, menjadi hakim pelbagai pertandingan teater dan mengendalikan berpuluh-puluh bengkel penulisan di samping menjadi pensyarah sambilan bidang teater di beberapa IPT sejak tahun 2004. Beliau pernah menjadi Presiden Majlis Teater Kebangsaan Malaysia dan pernah dilantik sebagai Ahli Panel Penasihat Persembahan Istana Budaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Berikut ialah karya-karya yang telah dihasilkan oleh Ismail Kassan.

Drama Pentas

Bil.

Judul Hadiah

1.

Pelayaran Inderaputra

:

Sayembara Menulis Skrip Drama Panjang Anjuran DBP, 1979 (Tempat Pertama).

2.

Menanti Puteri Hijau

:

Sayembara Menulis Skrip Teater Anjuran Berita Harian – Yayasan Seni Berdaftar, 1988 (Tempat Pertama).

3.

Istiqamah

:

Sayembara Menulis Skrip Teater Anjuran DBP – Indah Water Konsortium, 1990 (Tempat Pertama).

4.

Gelanggang Tuk Wali

:

Sayembara Menulis Skrip Drama Berunsur Islam Anjuran DBP – Yayasan Pelajaran Islam, 1997 (Tempat Kedua).

5.

Kilung Musung

:

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), 2001 (Kategori Eceran)

6.

Kumpulan Drama Gelanggang Tuk Wali

:

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), 2003 (Kategori Buku).

7.

Bukan Dejavu

:

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), 2009 (Kategori Eceran).

8.

Hang Nadim

:

Sayembara Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak (Muzikal) Anjuran Istana Budaya, 2005 (Hadiah Sagu Hati).

9.

Kembang Cempakasari

:

Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka, Anjuran DBP,  2008 (Tempat Pertama).

10.

Bukan Dejavu

:

Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka, Anjuran DBP, 2008 (Tempat Kedua).

11.

Jambatan Merah

:

Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas, Anjuran DBP, 2012 (Tempat Kedua).

Novel

1.

Restu

:

Sayembara Menulis Novel Anjuran  Kumpulan Perangsang – GAPENA, 1997 (Tempat Kedua).(Teks KOMSAS Malaysia (2001-2005) / Singapura (2007 – kini).

 HASIL KARYA

  1. A.             Drama Pentas
Bil. Judul Karya
1. Fajar Merah Di Teluk Ketapang”  (dipentaskan dari 1972- 1973).
2. Meriam Besar di Kuala” (dipentaskan dari 1974 – 1975)
3. Syajar”  (dalam Kumpulan Drama Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003 / dipentaskan dari 1977 – 2010).
4. Megat Terawis(dipentaskan dari 1978 -1980).
5. Pelayaran Inderaputra II” (DBP, 1979 / (dipentaskan dari 1979 – 1995).
6. Sabda Seorang Pendeta(dalam Antologi Drama 1400, DBP,1980  / dipentaskan dari 1981 –1990).
7. Dejavu Seorang Perempuan”, dalam Kumpulan Drama Ismail Kassan, Dejavu Seorang Perempuan,  DBP, 2003  / dipentaskan dari 1999  – 2010).
8. Menanti Puteri Hijau”, (dalam Kumpulan Drama Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003 / dipentaskan pada1999).
9. Gelanggang  Tuk Wali”, dalam Kumpulan Drama Ismail Kassan, Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003 / dipentaskan dari 1998 – 2010).
10. Kilung Musung” , dalam Kumpulan Drama Dejavu Seorang Perempuan, Seroja Hyatt, 2001 / dipentaskan dari  2001 – 2002).
11. Alang Bestari” (dipentaskan dari 2001 – 2002 / (Mewakili    Malaysia dalam Festival Boneka Asia-Eropah di Bangkok Thailand, 17-23 Julai 2002).
12. Istiqamah”, (dalam Kumpulan Drama Ismail Kassan, Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003).
13. Nur Nilam Sari”, (dipentaskan dari 2000 – 2004).
14. Drama Kanak-kanak (Muzikal)  “Hang Nadim” ( 2005).
15. Drama Kanak-kanak “Tembang Sang Puyoh” (2007)
16. Bukan Dejavu”, (dalam Antologi Drama Kembang Cempakasari, DBP, 1980 / dipentaskan dari 1981 – 1990).
17. Petalawati Diri”, (Dewan Budaya, September 2009 / dipentaskan dari 2008 – 2010).
18. Satu Pintu”, (dipentaskan pada 2009).
19. Epilog Raja Singa”, (dipentaskan pada  2010)
20. Perempuan Yang Hilang” (dipentaskan dari 2008 – 2010).
21. Muzikal Tun Mahathir”, (dipentaskan dari 2010 – 2011).
22.  “Kembang Cempakasari”, (dalam Antologi Drama Kembang Cempakasari, DBP, 1980 / dipentaskan pada 2011).
  1. B.  Novel/Cerpen
1. Restu  (Berita Publishing, 1997/ Gapeniaga, 2000)
2. Kecundang”  (Dewan Sastera,1995)
3. Tok Kelabu”, (Dewan Sastera, 2006)
  1. C.    Drama TV/Drama Radio
1. Pertembungan” (1996).
2. Normala Gadisku” (1997).
3. Pak Man Tiger” (2007).
4. Cucu Pak Awang” (1999).
  1. D.    Buku
1. Kisah Sekita  Siri I (Felda, 1988).
2. Kisah Sekita  Siri II (Felda, 2011)

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1051700
    Visit Today : 1013
    This Month : 34299
    Total Visit : 1051700
    Hits Today : 3340
    Total Hits : 4317801
    Who's Online : 4
  • Kategori