Koh Tsu Koon ketika merasmikan Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Sektor Swasta di DBP

KUALA LUMPUR , 22 Nov. –  Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  menolak tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bahasa Melayu tidak mempunyai nilai ekonomi.

“Tahun 2015, ASEAN akan mempunyai pasaran  terbuka. Ini bermakna bahawa produk dan perkhidmatan akan mempunyai pasaran yang lebih luas. Dengan lebih 300 juta penutur bahasa Melayu di rantau ini, bermakna peluang untuk bahasa Melayu digunakan oleh pasaran ASEAN juga akan lebih meluas,” tegas beliau ketika merasmikan Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Sektor  Swasta di DBP.

Beliau juga berkata, usaha yang berterusan dalam konteks ASEAN perlu dilakukan untuk membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa yang digunakan dalam urusan perdagangan dan pasaran.

 “Yang perlu dan yang lebih penting dilakukan sekarang ialah usaha meyakinkan orang menggunakan bahasa Melayu, berbanding memaksa mereka menggunakannya,” tambah beliau lagi.

Seminar sehari anjuran bersama DBP, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (FeCAM/Huazong) ini disertai oleh Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Syed Amin Aljeffri,  Datuk David Chua, Dr. Chin Yew Sin, Dato’ Haji Muhamad Alayuddin Che Hassan, Encik Mohd. Yusof Abd. Rahman (FOMCA) dan Encik Ismail Mokhtar (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) sebagai  pemakalah.  Turut hadir Ketua Pengarah DBP, Dato’ Termuzi Abd. Aziz dan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Encik Sallehuddin Abg Shokeran.

Sesi forum sedang berlangsung

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1047464
    Visit Today : 1080
    This Month : 30063
    Total Visit : 1047464
    Hits Today : 3104
    Total Hits : 4297906
    Who's Online : 15
  • Kategori