PADA 5 April 2018, bersempena dengan acara Santai Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Sarang Art Hub telah berlangsung forum “Bahasa dalam Filem: Kreativiti dan Impak kepada Sosial” di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak. Forum ini dipengerusikan oleh Pengasas Legasi Oakheart, Encik Hafiz Latiff dan dibarisi para panel berpengalaman dalam bidang perfileman, iaitu Encik A. Wahab Hamzah, aktivis seni yang juga merupakan Pengarah DBP Wilayah Utara, Encik U-Wei Haji Saari dan Encik Mamat Khalid, sutradara terkemuka tanah air dan Encik Sabri Yunus, pelakon dan juga sutradara.

Kategori: Berita, Featured

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan program kembara ilmu ke Singapura pada 20 Februari hingga 23 Februari 2018. Seramai 20 orang karyawan DBP telah berpeluang untuk mengikuti program kembara ilmu yang julung-julung kali diadakan. Tujuan utama kembara ilmu ini adalah untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama profesional berkaitan penyelidikan dengan institusi tertentu di Singapura. Selain itu, kembara ini juga bertujuan untuk membina kepakaran karyawan DBP dalam penelitian manuskrip lama, sastera lisan, sastera moden dan penyelidikan bahasa.

Kategori: Berita

Buku ini menerangkan proses pembiakan tumbuhan ubatan terpilih melalui teknik kultur tisu. Teknik ini merupakan teknik terkini dalam bidang bioteknologi yang dipaparkan untuk membolehkan usaha mengkomersialkan tumbuhan ubatan tersebut dapat dipergiatkan untuk tujuan kesihatan dan perubatan.

Kategori: Buku Baharu

Banyak usaha telah diambil dalam pelbagai bentuk oleh pihak-pihak yang terlibat dengan pendidikan dan pembangunan keusahawanan untuk para mahasiswa di istitusi-institusi pengajian tinggi. Namun, usaha ini masih belum lagi menghasilkan pencapaian yang memuaskan dari aspek membudaya dan memilih kerjaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

Kategori: Buku Baharu

“Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Hud 11:23)

Kategori: Buku Baharu

Kemahiran Literasi Asas Kanak-kanak ditulis untuk guru pelatih, guru dalam perkhidmatan, ibu bapa serta individu yang berminat dan terlibat dalam proses mendidik kanak-kanak.

Kategori: Buku Baharu

APABILA sesuatu kata dasar bergabung dengan akhiran -an, maka kata tersebut akan membawa makna pekerjaan, perkara atau benda yang dihasilkan oleh kata kerja tersebut.

Kategori: Jawi
  • Arkib

  • Statistik

    1062102
    Visit Today : 1253
    This Month : 10355
    Total Visit : 1062102
    Hits Today : 4573
    Total Hits : 4360905
    Who's Online : 6
  • Kategori