1. Tumbuhan Ubatan Terpilih

Judul              : Tumbuhan Ubatan Terpilih Pembiakan Melalui Teknik Kultur Tisu

Penulis           : Mihdzar Abdul Kadir, Nur Ashikin Psyquay Abdullah dan Julia Abdul Aziz

Harga             : RM25.00

Tahun             :  2018

Penerbit         :  Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku ini menerangkan proses pembiakan tumbuhan ubatan terpilih melalui teknik kultur tisu. Teknik ini merupakan teknik terkini dalam bidang bioteknologi yang dipaparkan untuk membolehkan usaha mengkomersialkan tumbuhan ubatan tersebut dapat dipergiatkan untuk tujuan kesihatan dan perubatan.

Penulis berharap buku ini boleh dijadikan panduan untuk para pengusaha untuk memahami dan dapat mempraktikkan teknik kultur tisu secara keseluruhan. Selain itu, dengan terbitnya buku ini, individu, murid sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi dalam bidang yang berkaitan dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman mereka tentang tanaman ubatan terpilih dan kegunaannya dalam bidang perubatan, terutama dalam perubatan Islam.

Buku ini ditulis oleh lima orang pakar dalam bidang botani yang mengkhususkan dalam bidang-bidang masing-masing. Dua daripadanya merupakan pensyarah dalam bidang bioteknologi tumbuhan dan biologi molekular, seorang pegawai dalam bidang biosains dan dua orang para penyelidik yang sedang mengkhusus dalam bidang kultur tisu.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1053235
    Visit Today : 180
    This Month : 1488
    Total Visit : 1053235
    Hits Today : 380
    Total Hits : 4323898
    Who's Online : 18
  • Kategori