2. cabaran membangun usahawan

Judul              : Cabaran Membangun Usahawan Siswazah Malaysia

Penulis         : Nor Aishah Buang, Salmah Ishak, Armanurah Mohamed, Norashidah Hashim

Harga             : RM30.00

Tahun             :  2018

Penerbit         :  Dewan Bahasa dan Pustaka

Banyak usaha telah diambil dalam pelbagai bentuk oleh pihak-pihak yang terlibat dengan pendidikan dan pembangunan keusahawanan untuk para mahasiswa di istitusi-institusi pengajian tinggi. Namun, usaha ini masih belum lagi menghasilkan pencapaian yang memuaskan dari aspek membudaya dan memilih kerjaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

Oleh itu, buku Cabaran Membangun Usahawan Siswazah Malaysia ini mengemukakan cabaran-cabaran yang harus difahami oleh pihak yang berkenaan. Cabaran pertama ialah pembentukan sikap. Pelaksana pendidikan keusahawanan harus menguasai konsep, teori dan model pembentukan sikap, serta cara mengaplikasikannya dalam kurikulum.

Cabaran kedua ialah mendorong mahasiswa menjadi usahawan. Pelaksana pendidikan keusahawanan harus faham personaliti sedia ada yang dibawa oleh setiap individu ini. Oleh itu, penggunaan pengukuran indeks ciri keusahawanan diperlukan untuk merancang strategi pembentukan ciri yang masih lemah dan perlu diperkuatkan lagi.

Cabaran ketiga ialah persekitaran galakan keusahawanan kampus itu sendiri. Persekitaran fizikal dan psikologi yang dirancang akan menjadi pendorong berterusan secara tidak langsung kepada motivasi mahasiswa untuk menjadi usahawan.

Cabaran keempat merupakan kurikulum pendidikan keusahawanan yang disediakan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) itu sendiri yang perlu mengambil kira semua komponen seperti sikap, pemikiran, kemahiran pengurusan perniagaan, vokasional keusahawanan dan nilai serta etika. Kebanyakan IPT cenderung tertumpu hanya kepada membentuk kemahiran pengurusan perniagaan.

Cabaran kelima ialah metodologi pengajaran yang digunakan oleh IPT dalam mengajar keusahawanan kepada mahasiswanya. Metodologi pembelajaran aktif seperti eksplorasi kerja lapangan dan praktikum menjalankan perniagaan sebenar harus dilakukan untuk mendapatkan kesan yang tinggi.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1053343
    Visit Today : 288
    This Month : 1596
    Total Visit : 1053343
    Hits Today : 643
    Total Hits : 4324161
    Who's Online : 23
  • Kategori