4. kemahiran literasi asas

Judul              : Kemahiran Literasi Asas Kanak-kanak

Penulis           : Prof. Dr. Lee Lay Wah, Prof. Dr. Nor Hashimah Hashim, Prof. Dr. Mahzan Arshah, Prof. Madya Dr. Hashimah Mohd Yunus, Prof.  Madya Dr. Azidah Abu Ziden, Prof. Madya Dr. Tan Kok Eng, Dr. Aznan Che Ahmad, Dr. Fadzilah Amzah, Dr. Low Hui Min, Dr. Nooraida Yakob, Dr. Shafia Abdul Rahman, Salizawati Omar dan Yuznaili Saleh Mohamed Khaidir Alias

Harga             : RM20.00

Tahun             : 2018

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kemahiran Literasi Asas Kanak-kanak ditulis untuk guru pelatih, guru dalam perkhidmatan, ibu bapa serta individu yang berminat dan terlibat dalam proses mendidik kanak-kanak. Kandungan buku diorganisasikan mengikut tiga bahagian, iaitu:

    • -Literasi asas bahasa
    • -Literasi asas khusus yang memberikan tumpuan kepada kanak-kanak khas
    • -Literasi asas pelbagai bidang

Tujuan buku ini ditulis adalah untuk:

    • -Menjelaskan konsep kemahiran literasi asas yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
    • -Mencadangkan strategi-strategi berkesan untuk memupuk kemahiran literasi asas kanak-kanak

Pemupukan kemahiran literasi asas kanak-kanak sangat bergantung pada bimbingan dan sokongan daripada orang dewasa yang melingkungi kehidupan seorang kanak-kanak. Komuniti setempat perlu mengakui serta menyediakan keperluan pendidikan untuk melayani kepelbagaian keupayaan kanak-kanak. Semua kanak-kanak seharusnya berpeluang untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya secara inklusif. Buku ini merupakan usaha awal Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia untuk menyebarluaskan ilmu dan amalan literasi asas dalam proses mendidik kanak-kanak.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050268
    Visit Today : 1113
    This Month : 32867
    Total Visit : 1050268
    Hits Today : 6049
    Total Hits : 4310810
    Who's Online : 10
  • Kategori