Judul : Iman dan Akhlak Remaja
Penulis : Mohd Zor Ali
Harga : RM12.00
Tahun : 2018
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
“Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.”
(Surah Hud 11:23)
Terjemahan tersebut merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam buku Iman dan Akhlak Remaja. Penulis buku ini menurunkan 55 wasiat yang ditujukan untuk para remaja. Perkara yang dibincangkan berkaitan dengan amalan yang boleh dijadikan panduan oleh remaja dalam zaman yang penuh pancaroba ini. Penyampaian secara santai dan ringkas sesuai dengan cita rasa remaja.