BADAI ANTARTIKA merupakan sebuah novel hasil karya Mohd Kasim Mahmud. Novel ini secara keseluruhannya mengisahkan tentang penjelajahan Dr. Yana ke benua yang disaluti air batu yang penuh cabaran dan dugaan semata-mata untuk mencapai impian peribadinya. Dalam perjalanan, Dr. Yana bertemu dengan seorang lelaki asing bernama Santiago yang banyak membantu dan menyelamatkannya daripada penjenayah.

Kategori: Ulasan Buku

KUMPULAN drama Dunia Belum Kiamat menghimpunkan lima buah drama pentas Hatta Azad Khan yang dihasilkan pada dekad 1970-an dan 1980-an. Sebahagian daripada drama-drama tersebut telah diterbitkan secara eceran dan telah dipentaskan. Drama-drama tersebut berjudul “Awang”, “Anak Korporat”, “Dunia Belum Kiamat”, “Cermin Tipu Daya”, dan “Puteri Gunung Ledang”.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Karya sastera memaparkan pelbagai persoalan tentang kehidupan manusia atau masyarakat berdasarkan pemikiran pengarang atau penyair yang menghasilkannya. Sastera jelas melontar teladan dan pengajaran yang boleh membijaksanakan pembaca hasil daripada penelitian dan pemahaman terhadap cerita yang disampaikan itu. Karya sastera sama ada puisi, cerpen, drama ataupun novel, jelas menderetkan suatu cerita/catatan yang dipenuhi dengan pelbagai persoalan berkaitan konflik dalam kehidupan manusia.

Kategori: Makalah

SEKIRANYA anda pernah melalui jalan Cheras – Kajang melalui arah Kajang ke Kuala Lumpur dan sering memerhatikan papan tanda, anda mungkin terpandang papan tanda “Maktab Polis DiRaja Malaysia” (gambar 1 dan 2). Apabila sampai di Kuala Lumpur dan berada di sekitar Dataran Merdeka, akan terpandang pula papan tanda “Kelab Di Raja Selangor” (gambar 3). Kedua-dua ejaannya tidak sama.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

JABATAN Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan program transformasi terhadap masyarakat orang asli. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dengan peranan JAKOA dalam mengurus tadbir hal ehwal masyarakat orang asli melaksanakan program pembangunan infrastruktur, ekonomi, pendidikan, latihan dan kemahiran serta kebajikan kesihatan orang asli di Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Bicara Karya buku “Etimologi Bahasa Melayu” oleh Nurhidayah bt Mohd Hamid.

Kategori: Promosi, TV DBP

Bicara Karya buku “Canggihnya Bahasa Melayu – Sistem Tanda Baca” oleh Ruziah Abdul Rani.

Kategori: Featured, Promosi

BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK) mengetuk pintu lagi pada tahun 2015 ini seperti lazimnya apabila bulan Oktober menyingkap tirainya. Jika Ogos disambut dengan laungan “Merdeka, merdeka, merdeka!” oleh seluruh warga Malaysia dari negeri Perlis hingga ke Sabah, maka Oktober pula disambut dengan semangat berkobar-kobar dengan suntikan rasa cinta akan bahasa kebangsaan, “1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara!” Program tahunan ini ialah salah satu projek utama yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, khusus sebagai usaha menyemarakkan semangat, jati diri dan patriotisme terhadap negara melalui wahana, wacana, dan prasarana bahasa dan sastera kebangsaan.

Kategori: Featured, Makalah
  • Arkib

  • Statistik

    1062646
    Visit Today : 375
    This Month : 10899
    Total Visit : 1062646
    Hits Today : 1333
    Total Hits : 4364118
    Who's Online : 11
  • Kategori