Oleh NORAZLINDA MISRAN

JABATAN Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan jabatan yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan program transformasi terhadap masyarakat orang asli. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dengan peranan JAKOA dalam mengurus tadbir hal ehwal masyarakat orang asli melaksanakan program pembangunan infrastruktur, ekonomi, pendidikan, latihan dan kemahiran serta kebajikan kesihatan orang asli di Malaysia.

sain2

Majlis memorandum yang ditandatangani oleh Prof. Dr. Zaharani Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP dan Encik Suhaimi Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) JAKOA yang disaksikan oleh Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Penerbitan, DBP dan Encik Mohd. Shahnaz Yazid, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (JAKOA).

Bermula dengan Program Apresiasi Bahasa, Program Pertandingan Seni dan penerbitan buku mengenai masyarakat orang asli, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama JAKOA telah mengadakan satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 6 November 2015 bertempat di Kompleks Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Majlis memorandum ini ditangani oleh Prof. Dr. Zaharani Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP dan Encik Suhaimi Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) JAKOA yang disaksikan oleh Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Penerbitan DBP dan Encik Mohd. Shahnaz Yazid, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (JAKOA).

Melalui MoU ini, DBP dan JAKOA dapat bekerjasama dalam beberapa bidang seperti penyelidikan, perundangan, perkongsian maklumat, anjuran program dan sebagainya. Antara objektif utama agenda ini adalah membantu masyarakat orang asli menambahbaikkan prasarana perkampungan mereka, meningkatkan pendapatan isi rumah, mengurangkan kadar keciciran pelajar orang asli, melahirkan orang asli yang berjaya dalam bidang pendidikan dan keusahawanan serta memperkasa teras modal insan masyarakat orang asli.

Majlis penyerahan memorandum yang telah ditandatangani oleh DBP dan JAKOA.

Majlis penyerahan memorandum yang telah ditandatangani oleh DBP dan JAKOA.

Melalui MoU ini juga, DBP dapat membantu JAKOA untuk melaksanakan transformasi bagi kaum orang asli melalui aspek penerbitan, penyelidikan, pengembangan dan sebagainya. Ini kerana, DBP yang diberikan tanggungjawab dalam mengembang bahasa dan persuratan Melayu turut merangka program utama yang menjadi fokus penerbitan DBP, iaitu Program Penerbitan Berpakej bagi meningkatkan jumlah bilangan buku baharu umum dan ilmiah di Malaysia.

Oleh itu, DBP memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuklah JAKOA untuk merealisasikan Penerbitan Berpakej ini agar ilmu dan kepakaran yang dimiliki oleh pihak JAKOA dapat didokumentasikan dan dijadikan bahan rujukan dan bacaan yang merupakan khazanah negara dan warisan paling bernilai buat generasi akan datang.

Untuk permulaan, pihak JAKOA akan menyerahkan manuskrip Orang Asli Seletar kepada DBP untuk diterbitkan. Kemudian akan disusuli dengan beberapa lagi manuskrip yang akan dibangunkan sepanjang tempoh lima tahun MoU ini berlangsung.

Persembahan tarian Jooh Mahmeri, Pulau Carey.

Persembahan tarian Jooh Mahmeri, Pulau Carey.

Majlis MoU ini turut diserikan dengan persembahan deklamasi puisi oleh Puan Rusnani Yaakap dan persembahan tarian kebudayaan orang asli Mahmeri, Pulau Carey oleh Kumpulan Seri Panggung, Pulau Carey.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046164
    Visit Today : 1060
    This Month : 28763
    Total Visit : 1046164
    Hits Today : 3449
    Total Hits : 4294014
    Who's Online : 10
  • Kategori