Pada hari ini, kajian yang berasaskan korpus kian mendapat tempat. Namun jika dibandingkan dengan negara Barat kajian berasaskan korpus ini telah pun bermula pada era 1950-an lagi. Justeru itu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah dipertanggungjawabkan dalam membina dan memperkembangkan bahasa Melayu telah berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana penyelidikan kepada penyelidik. Pembinaan pangkalan data korpus yang dibina adalah untuk membantu para penyelidik membuat kajian dalam pelbagai bidang kebahasaan dan menyebarluaskan lagi hasil-hasil penyelidikan yang telah dibuat.

Kategori: Bicara, Makalah

Dialek yang pelbagai merupakan khazanah bahasa Melayu yang amat bernilai dan perlu dipelihara. Terdapatnya tanda-tanda pelupusan dialek ini dapat dilihat dengan berkurangnya penggunaan kata-kata dialek dalam masyarakat,terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

“TERIMA kasih diucapkan kepada pihak UniSZA kerana sudi bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui projek pelesenan yang diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP,” kata Datuk Dr. Haji Awang Sariyan, dalam Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara DBP dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Pelancaran Buku Tourism Development and Community Change terbitan UniSZA yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris daripada buku Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti.

Kategori: Berita, Featured

SARAWAK, yang mendapat jolokan “Bumi Kenyalang” merupakan sebuah negeri yang unik kerana kepelbagaian etniknya. Menurut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Sarawak pada tahun 2013 berjumlah seramai 2.62 juta orang, manakala bancian pada 2010, terdapat sejumlah 568,113 orang penduduk Sarawak berketurunan Melayu. Kelompok Bumiputera yang lain ialah Iban sebanyak 713,412 orang. Pada tahun 2014, kajian Jabatan Perangkaan mendapati bahawa orang Melayu Sarawak telah menduduki tangga kedua dari segi jumlah penduduknya.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

S.E.A. Write Award adalah Anugerah Penulis-penulis Asia Tenggara yang diwujudkan bagi mengiktiraf para penulis dan penyair terkemuka di negara-negara rantau ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Kategori: Berita, Featured

HADIAH Sastera Perdana Malaysia (HSPM) pada asalnya dikenali sebagai Hadiah Karya sastera Bermula pada tahun 1971. HSPM kemudiannya dilaksanakan secara tahunan bermula tahun penilaian 2012 berbanding tahun-tahun sebelumnya yang dilaksanakan secara dwitahunan.

Kategori: Berita, Featured

DALAM bahasa Melayu, terdapat kata sendi nama yang menjadi perkataan yang diletakkan di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, untuk, antara, dalam, dengan dan sampai.

Kategori: Puji & Tegur

Bicara Karya buku Aspek Fonologi BM: Daripada Derivasi Rumus kepada Tatatingkat Kekangan oleh Zalimah Yahaya.

Kategori: Featured, Promosi
  • Arkib

  • Statistik

    1047236
    Visit Today : 852
    This Month : 29835
    Total Visit : 1047236
    Hits Today : 2140
    Total Hits : 4296942
    Who's Online : 13
  • Kategori