Apabila datang September nanti, tepatnya 16 September tahun ini, genap setengah abad Malaysia tertubuh dan merdeka. Namun Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan tujuh tahun lebih awal seolah-olah sebagai suatu persediaan untuk mengisi kemerdekaan Malaysia dari Perlis hingga Sabah

Kategori: Pendapat

BANDAR Tun Hussein Onn merupakan kawasan perumahan popular yang terletak di pinggir Kuala Lumpur. Untuk sampai ke bandar ini dari Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 30 minit, anda perlu melalui Lebuh Raya Cheras-Kajang dan menyusur ke kiri sebelum tiba di persimpangan Cheras Mahkota di Batu 9, Hulu Langat, lalu membelok ke Cheras Perdana sebelum tiba di Bandar Tun Hussein Onn.

Kategori: Puji & Tegur

Pernahkah anda mengalami keadaan seperti hanyut, melayang-layang, tidak seimbang, atau pitam? Mengapakah keadaan ini berlaku? Keadaan ini adalah disebabkan oleh vertigo. Hal ini berpunca daripada penyakit vestibular yang menyebabkan ketidaknormalan pada sistem keseimbangan badan. Akibatnya pesakit jatuh dan mengalami kecederaan tubuh badan atau lebih teruk lagi terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kategori: Buku Baharu

Sekiranya tongkat ali dianggap sebagai raja ubat, tonggak kekuatan dan kegagahan golongan lelaki, begitulah juga dengan kacip fatimah pemelihara kesihatan dan keintiman wanita. Khasiat dan kehebatan kacip fatimah berupaya memberikan rawatan pada kesihatan dalaman dan luaran wanita. Malahan, kesihatan wanita seolah-olah ‘dipelihara’ oleh kebaikan kacip fatimah. Tidak mustahil kacip fatimah dijadikan resipi kebahagiaan rumah tangga, agar hubungan suami isteri menjadi lebih bermakna dan berseri lagi.

Kategori: Buku Baharu

Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa rasmi negara Malaysia termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun kedudukan BM di Malaysia sebagai bahasa rasmi semakin tercabar akibaf pengaruh globalisasi yang lazimnya memberikan keutamaan kepada bahasa Inggeris (BI). Pelbagai persoalan timbul mengenai kedudukan dan masa hadapan BM di Malaysia. Sejauh manakah masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang etnik memandang tinggi akan kedudukan BM?

Kategori: Pendapat

Ekonomi politik Islam merupakan gabungan falsafah ekonomi Islam dan falsafah politik Islam. Buku Ekonomi Politik Islam: Konsep dan Falsafah selain membincangkan ekonomi politik Islam dari segi teori dan falsafah, buku ini juga memuatkan rangka pelaksanaan dan implikasi yang diguna pakai sebagai satu rangka politik pembangunan masa kini. Buku ini tidak membincangkan aspek ekonomi dari sudut angka dan aspek politik dari sudut praktisnya tetapi lebih membincangkan aspek teori.

Kategori: Akan Terbit

Penjagaan kesihatan merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia, tetapi sering diabaikan dan diambil mudah. Wanita merupakan penjaga kesihatan keluarga yang utama. Kerajaan Malaysia mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam upaya menjaga kesihatan keluarga. Dalam pembentangan belanjawan negara, turut disediakan peruntukan untuk perbelanjaan kesihatan wanita.

Kategori: Akan Terbit

Tanggal 28 Mei 2013 merupakan hari yang bersejarah kepada dunia kesusasteraan amnya dan Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) khususnya. Pada malam tersebut, Baha Zain telah dianugerahi gelaran Sasterawan Negara Ke-12 oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1063071
    Visit Today : 800
    This Month : 11324
    Total Visit : 1063071
    Hits Today : 2817
    Total Hits : 4365602
    Who's Online : 16
  • Kategori