Judul: Ekonomi Politik Islam: Konsep dan Falsafah

Penulis: Mohd. Shakir bin Mohd. Rosdi

Ekonomi politik Islam merupakan gabungan falsafah ekonomi Islam dan falsafah politik Islam. Buku Ekonomi Politik Islam: Konsep dan Falsafah  selain membincangkan ekonomi politik Islam dari segi teori dan falsafah, buku ini juga memuatkan rangka pelaksanaan dan implikasi yang diguna pakai sebagai satu rangka politik pembangunan masa kini. Buku  ini tidak membincangkan aspek ekonomi dari sudut angka dan aspek politik dari sudut praktisnya tetapi lebih membincangkan aspek teori.

Perbincangan secara umum tentang teori dan falsafah akan memudahkan pembaca memahami susun atur bidang tersebut yang akan memungkinkan pembaca memahami kepentingan ekonomi politik Islam ini dilaksanakan. Antara perbincangan buku ini termasuklah pembangunan politik, pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan berdasarkan konsep keadilan dan kebajikan serta tanggungjawab insan sebagai khalifah dan hamba Allah berdasarkan al-Qur’an dan Hadith.

Bidang ini masih baharu diperkenalkan. Sehingga kini tiada buku yang diterbitkan dalam bidang ini. Oleh itu, buku ini boleh dijadikan rujukan yang utama bagi para pelajar dalam bidang ekonomi politik Islam di mana-mana institusi pengajian tinggi yang memperkenalkan bidang Politik Ekonomi Islam.

(Catatan: Buku ini sedang dalam proses penerbitan di Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1074391
    Visit Today : 528
    This Month : 22644
    Total Visit : 1074391
    Hits Today : 1624
    Total Hits : 4417912
    Who's Online : 12
  • Kategori