Judul              :           Kesihatan Wanita:

                                      Kenapa Kacip Fatimah

Penulis          :           Intan Idiana Hassan dan Nik Hazlina Nik Hussain

Harga             :           RM 20.00

Tahun            :           2013

Penerbit       :           Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

SEKIRANYA tongkat ali dianggap sebagai raja ubat, tonggak kekuatan dan kegagahan golongan lelaki, begitulah juga dengan kacip fatimah pemelihara kesihatan dan keintiman wanita. Khasiat dan kehebatan kacip fatimah berupaya memberikan rawatan pada kesihatan dalaman dan luaran wanita. Malahan, kesihatan wanita seolah-olah ‘dipelihara’ oleh kebaikan kacip fatimah. Tidak mustahil kacip fatimah dijadikan resipi kebahagiaan rumah tangga, agar hubungan suami isteri menjadi lebih bermakna dan berseri lagi.

Buku ini memberikan maklumat tentang pertumbuhan kacip fatimah, penggunaan dan khasiatnya mengikut pengamal perubatan tradisional Melayu. Selain itu, usaha penanaman prakomersial telah membuka laluan yang lebih luas bahawa penghasilan produk kacip fatimah berteknologi mampu menjana ekonomi negara. Penemuan kebaikan berdasarkan kajian saintifik yang telah dibuktikan oleh pakar penyelidik perubatan memberikan nilai tambah kepada kacip fatimah.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1043526
    Visit Today : 1390
    This Month : 26125
    Total Visit : 1043526
    Hits Today : 5178
    Total Hits : 4284773
    Who's Online : 13
  • Kategori