Alamanda merupakan satu-satunya pusat beli-belah yang terdapat di Putrajaya yang menjadi tumpuan para pelancong dan orang awam. Tatkala kaki hendak melangkah masuk, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada pintu masuk membayangkan di dalam pusat beli-belah tersebut mengutamakan bahasa kebangsaan dalam paparan dan peragaan di samping bahasa lain.

Kategori: Puji & Tegur

Kuala Selangor merupakan sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Ia dinamakan Kuala Selangor kerana telah menjadi kebiasaan masyarakat dahulu menamakan sesuatu tempat itu dengan mengambil sempena nama sungai. Pekan Kuala Selangor semakin membangun. Banyak kawasan perumahan dan premis perniagaan dibina bagi manfaat penduduk yang kian bertambah.

Kategori: Puji & Tegur

IKEA merupakan syarikat Sweden yang mereka bentuk dan menjual perabot sedia pasang, perkakasan dan kelengkapan rumah. Syarikat yang sangat terkenal ini memiliki 332 buah gedung di 38 buah negara di seluruh dunia.

Kategori: Puji & Tegur

Media merupakan medium yang sangat berpengaruh dalam menguasai minda masyarakat. Apa-apa yang disiarkan mudah melekat ke dalam minda khalayak dan mempengaruhi tindakan, terutamanya kalangan generasi muda. Contohnya apabila karyawan filem dan drama galak memfilemkan kisah ‘mat rempit’, kegiatan tersebut semakin berleluasa. Apabila karyawan berlumba-lumba menerbitkan filen gengster, aktiviti tersebut turut berleluasa hingga membimbangkan masyarakat.

Kategori: Puji & Tegur

BANDAR Tun Hussein Onn merupakan kawasan perumahan popular yang terletak di pinggir Kuala Lumpur. Untuk sampai ke bandar ini dari Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 30 minit, anda perlu melalui Lebuh Raya Cheras-Kajang dan menyusur ke kiri sebelum tiba di persimpangan Cheras Mahkota di Batu 9, Hulu Langat, lalu membelok ke Cheras Perdana sebelum tiba di Bandar Tun Hussein Onn.

Kategori: Puji & Tegur

“ROYAL Malaysia Police College Kuala Lumpur: Cradle of Police Excellence”. Begitu bunyinya slogan yang terpampang di lereng bukit di tepi lebuh raya Cheras – Kajang milik Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur atau dikenali juga dengan Royal Malaysia Police College Kuala Lumpur yang terletak di Cheras Selatan. Papan tanda yang memaparkan bahasa Inggeris sepenuhnya itu menggerakkan hati penulis untuk mendalami perkara ini.

Kategori: Puji & Tegur

Dunia perniagaan di Malaysia seolah-olah sentiasa menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara yang tidak mempunyai nilai ekonomi. Buktinya, sektor ini tidak menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan komersial seperti iklan, urusan perniagaan atau perdagangan pada peringkat domestik, jauh sekali antarabangsa.

Kategori: Puji & Tegur

“TIDAK KOMERSIAL, tidak kompetitif”. Itulah yang mungkin akan kita dengar apabila kita menyarankan supaya pengusaha menggunakan bahasa kebangsaan dalam penamaan produk atau barangan keluaran mereka.

Kategori: Puji & Tegur
  • Arkib

  • Statistik

    1046124
    Visit Today : 1020
    This Month : 28723
    Total Visit : 1046124
    Hits Today : 3327
    Total Hits : 4293892
    Who's Online : 13
  • Kategori