Oleh ADNAN ABD JAMIL

KUALA  Selangor merupakan sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Ia dinamakan Kuala Selangor kerana telah menjadi kebiasaan masyarakat dahulu menamakan sesuatu tempat itu dengan mengambil sempena nama sungai.

Pekan Kuala Selangor semakin membangun. Banyak kawasan perumahan dan premis perniagaan dibina bagi manfaat penduduk yang kian bertambah. Tinjauan penulis baru-baru ini mendapati bahawa masih terdapat pemilik premis perniagaan yang tidak mengutamakan bahasa Melayu pada papan tanda nama kedai mereka. Mereka lebih mementingkan bahasa Inggeris, malah ada juga yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

1

Pekan Kuala Selangor.

Beberapa buah kedai makanan Cina patut dipuji. Walaupun kedai mereka hanya dikunjungi kaum Cina, tetapi pemilik tetap mengutamakan bahasa Melayu. Tahniah dan penghargaan kepada para pemilik kedai makanan ini – “Restoran Yong Sheng”, “Kedai Makanan Laut 328”.

Puji II

Kedai makan mengikut tata bahasa yang betul.

 

Puji III

Papan tanda yang mengutamakan bahasa Melayu.

Lihat pula papan tanda nama kedai-kedai makanan ini – “Restoran Family Uda”, “Bagan Restoran” dan “Restoran Yie Ayam Kampung”. Perkataan family tidak susah untuk digantikan dengan perkataan dalam bahasa Melayu – “keluarga”.

Puji IV

Perkataan ‘Family’ sepatutnya digantikan dengan ‘Keluarga’.

 

Puji 6

Restoran ini hendaklah dinamakan “Restoran Ayam Kampung Yie”.

“Restoran Yie Ayam Kampung” bermaksud bahawa restoran ini dimiliki oleh seseorang yang bernama Yie. Mungkin di daerah ini terdapat beberapa orang yang bernama Yie, maka salah seorang daripada mereka digelar Yie Ayam Kampung. Oleh sebab Yie menjalankan perniagaan restoran, maka restorannya dinamakan “Restoran Yie Ayam Kampung”. Sekiranya bukan itu yang dimaksudkan, restoran ini hendaklah dinamakan “Restoran Ayam Kampung Yie”.

“Bagan Restoran” salah dari segi penggunaan Hukum D-M. Dalam bahasa Melayu, unsur yang diterangkan (D) merupakan unsur inti atau kata utama yang harus didahulukan daripada perkara yang menerangkannya (M). Bagi nama restoran, perkataan restoran merupakan kata utama yang perlu ditulis di hadapan. Jadi,  nama restoran yang betul mengikut Hukum D-M ialah “Restoran Bagan”.

Puji V

Contoh tatabahasa yang salah.

Aspek ejaan masih kurang diberikan perhatian oleh pemilik premis perniagaan di sini. “Pakar Ekjos Soon Heng” – ejaan yang betul bagi perkataan “ekjos” ialah “ekzos”. “Kedai Cuci Kereta dan Mengilap Kereta”. Ejaan yang betul bagi perkataan “mengilap” ialah “menggilap”. Premis ini lebih sesuai dinamakan “Kedai Mencuci dan Menggilap Kereta”.

13

Kesalahan ejaan perlu diberi perhatian oleh pemilik premis perniagaan.

 

14

Kesalahan ejaan dan penggunaan frasa yang tidak betul.

Orang ramai, termasuk pemilik premis perniagaan dinasihatkan supaya merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam semua urusan kebahasaan. DBP menyediakan Ruangan Khidmat Nasihat Bahasa untuk para pengguna menanyakan apa-apa sahaja kemusykilan tentang bahasa, sastera, penerbitan dan korporat.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049603
    Visit Today : 448
    This Month : 32202
    Total Visit : 1049603
    Hits Today : 3240
    Total Hits : 4308001
    Who's Online : 14
  • Kategori