ADAKAH anda salah seorang peminat teknologi hijau yang berkaitan dengan revolusi kereta? Sekiranya ya, anda perlu membaca buku ini sebagai satu daripada cabang ilmu moden yang perlu anda teroka dan fahami. Teknologi hijau yang dimaksudkan ialah kereta elektrik. Pembangunan kereta elektrik bersifat pencemaran sifar. Kereta ini mengaplikasikan kuasa motor elektrik untuk menghasilkan pergerakan.

Kategori: Buku Baharu

HUJAN turun membasahi alam, angin berdesing disela-sela daun nyiur yang tinggi-tinggi belaka. Nun di pinggiran pantai, kelihatan perahu pecah bersepai akibat dikoyak ribut yang berlangsung semalaman. Sudah beberapa hari nelayan di kawasan itu tidak dapat turun memayang. Sudahlah tidak dapat mencari makan untuk mengisi perut keluarga, dapat pula khabar buruk berkenaan dengan perahu pecah di tepi pantai.

Kategori: Buku Baharu

KARYA ini memiliki nilainya yang tersendiri dan boleh dikatakan akan menjadi sebuah artifak sastera kelak. Karya-karya Pak Samad (A. Samad Said) seperti Hujan Pagi dan Salina cukup memberi kesan kepada pembacanya dengan isu yang dibawa oleh beliau. Begitu juga dengan Sungai Mengalir Lesu. Cukup bertuah pembaca dan pencinta karya sastera kerana buku ini diterbitkan semula bagi Edisi Malaysia Membaca dengan harga mampu milik. Ini merupakan peluang kepada pengulas untuk menikmati kandungan buku ini di samping mengenali karya-karya Sasterawan Negara Keempat ini.

Kategori: Ulasan Buku

OLEH WAN NORASYIKIN WAN ISMAIL SYAIR Negeri Patani ialah sebuah karya historiografi Melayu tradisional yang kurang mendapat perhatian daripada pengkaji untuk mengkajinya. Manuskrip Syair Negeri Patani ini tidak kurang pentingnya jika dibandingkan dengan hikayat-hikayat lain yang mempunyai unsur sejarah. Syair ini mengisahkan sejarah yang berlaku di dalam negeri Patani yang terletak di utara semenanjung Malaysia. Melalui Syair Negeri Patani terdapat penceritaan tentang asal usul negeri Patani bermula daripada pembukaan negeri […]

Kategori: Bicara, Kajian, Makalah
  • Arkib

  • Statistik

    1062394
    Visit Today : 123
    This Month : 10647
    Total Visit : 1062394
    Hits Today : 523
    Total Hits : 4363308
    Who's Online : 17
  • Kategori