HUJAN turun membasahi alam, angin berdesing disela-sela daun nyiur yang tinggi-tinggi belaka. Nun di pinggiran pantai, kelihatan perahu pecah bersepai akibat dikoyak ribut yang berlangsung semalaman. Sudah beberapa hari nelayan di kawasan itu tidak dapat turun memayang. Sudahlah tidak dapat mencari makan untuk mengisi perut keluarga, dapat pula khabar buruk berkenaan dengan perahu pecah di tepi pantai. Ia mengingatkan seorang anak muda bernama Jali akan kisah yang samar di masa lalu. Entah kenapa, setiap kali dia cuba menyelam ke dasar ingatan, hatinya terasa pedih dan selekas itu juga dia akan cuba melupakan semuanya.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013561
    Visit Today : 824
    This Month : 32906
    Total Visit : 1013561
    Hits Today : 2742
    Total Hits : 4134847
    Who's Online : 12
  • Kategori