INSYIRAH merupakan sebuah novel hasil nukilan penulis novel tersohor negara, iaitu Azman Ahmad. Novel ini telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Sayembara Menulis Novel Kanak-Kanak dan Remaja DBP pada tahun 2007.

Kategori: Ulasan Buku

BERIKAN Kami Kasih Sayang mengandungi 15 buah cerpen pelbagai tema tetapi sangat dekat dengan kehidupan penulis dan pembaca. Cerpen-cerpen ini merupakan karya para guru yang mengikuti bengkel penulisan di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru Tahun 2018 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kategori: Buku Baharu

GERAKAN politik radikal Melayu merupakan kegiatan yang dominan dan menarik dalam sejarah politik Malaysia, terutama ketika zaman penjajahan British sehingga selepas merdeka. Gerakan ini boleh dianggap sebagai transformasi politik masyarakat Melayu yang begitu terkenal selama ini dengan sikap konservatif dan sentiasa menurut perintah golongan atasan dan raja.

Kategori: Buku Baharu

DEBAR di dada Okong semakin kencang, tiupan angin bagaikan membawa khabar sesuatu yang akan berlaku. Kehijauan hutan seakan berbisik. Hutan menjadi teman sejatinya. Pepohon dan penghuni hutan adalah rakan-rakannya. Namun tidak semua penghuni hutan dan alam bersifat baik sesama makhluk.

Kategori: Buku Baharu

HANIF olahragawan muda yang menjadi kebanggaan sekolah dalam sukan bola sepak dan acara-acara sukan yang lain. Namun, pergolakan dalam keluarga Hanif membawa perpecahan. Nenek Hanif tidak menyukai ayah Hanif. Ayah Hanif akhirnya membawa mereka berpindah. Dalam puncak kegemilangannya sebagai olahragawan harapan, Hanif disahkan menghidap sakit jantung dan perlu dirawat di luar negara.

Kategori: Buku Baharu

OLEH NUR HIDAYAH ISMAIL PENDIDIKAN merupakan perkara dominan yang menjadi buah mulut masyarakat tidak kira masa. Setiap hari, ada sahaja isu yang melibatkan guru, murid dan pendidikan. Di sini, saya ingin mengupas sedikit sebanyak mengenai kepentingan bahasa dalam kehidupan seseorang guru. Bahasa umpama nadi dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Setiap tutur kata yang disampaikan oleh seorang guru melibatkan penguasaan bahasa. Oleh sebab itu, semasa belajar di […]

Kategori: Bicara, Suara Anak Muda

OLEH KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH PENDEKATAN sosiologi merupakan sebuah pendekatan dan teori bercorak kontekstual juga ekstrinsik yang digunakan dalam penyelidikan kesusasteraan rakyat dalam warisan kesusasteraan Melayu tradisional di Alam Melayu. Selain itu, pendekatan sosiologi dalam kesusasteraan rakyat yang disifatkan sebagai “Reflections of Society” membincangkan fungsi dan hubungan kesusasteraan rakyat sebagai cerminan masyarakat dan cerminan budaya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial dalam kehidupan manusia. Warisan kesusasteraan rakyat sebagai cerminan budaya masyarakat […]

Kategori: Bicara, Kajian

DEMIKIAN petikan dalam sebuah wawancara bersama Allahyarham Datuk Aziz Sattar dalam akhbar Kosmo yang menceritakan keunggulan bahasa dan karya agung menurut pemikiran Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Oleh hal yang demikian, keunggulan bahasa dalam rangkaian karya agung P. Ramlee telah berjaya dipentaskan menerusi 11 pementasan teater Tribute P. Ramlee PGT 203 di Dewan Kuliah U (DKU), Foyer DK, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 23 Mei 2016. Keunggulan bahasa dalam rangkaian karya agung P. Ramlee yang dipersembahkan dalam pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203 Sidang Akademik 2015/ 2016 diserlahkan berdasarkan keunggulan bahasa yang dipaparkan dalam 11 pementasan teater Tribute P. Ramlee: PGT 203.

Kategori: Bakat
  • Arkib

  • Statistik

    1046935
    Visit Today : 551
    This Month : 29534
    Total Visit : 1046935
    Hits Today : 1294
    Total Hits : 4296096
    Who's Online : 14
  • Kategori