ADAKAH anda salah seorang peminat teknologi hijau yang berkaitan dengan revolusi kereta? Sekiranya ya, anda perlu membaca buku ini sebagai satu daripada cabang ilmu moden yang perlu anda teroka dan fahami. Teknologi hijau yang dimaksudkan ialah kereta elektrik. Pembangunan kereta elektrik bersifat pencemaran sifar. Kereta ini mengaplikasikan kuasa motor elektrik untuk menghasilkan pergerakan. Bagaimana kereta elektrik beroperasi, jenis, dan tenaga disimpan merupakan inti pati utama perbincangan dalam penulisan buku ini. Oleh itu, perkembangan teknologi PHEV, BEV dan Sel Fuel merupakan perkara penting untuk diketahui dan difahami. Terdapat juga teknologi moden bersifat alternatif yang mengaplikasikan kaedah berbeza. Antara teknologi tersebut termasuklah jenis hibrid dan penggunaan bahan api alternatif. Teknologi hibrid menggabungkan dua sistem dalam satu teknologi, manakala Etanol, Biodisel, Metanol, NGV, LPG dan Hidrogen merupakan bahan api alternatif. Kedua-dua aliran teknologi ini mempraktikkan konsep pembakaran bagi membantu menghasilkan kuasa pergerakan. Kereta jenis hibrid mula mengusai pasaran tempatan terutamanya daripada syarikat pengeluar kereta global. Perangkaan negara dan negara maju dalam strategi pengkomersialan teknologi ini untuk pasaran global pada tahun 2030 turut dibincangkan dalam buku ini.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1033845
    Visit Today : 61
    This Month : 16444
    Total Visit : 1033845
    Hits Today : 159
    Total Hits : 4238493
    Who's Online : 9
  • Kategori