Ucapan Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014 di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada 25 November 2015.

Ucapan Ketua Pengarah DBP pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014

Kategori: Kegiatan Korporat

Puisi “Kalaulah Papa Memukulmu, Adib” karya Allahyarham Rahimidin Zahari diangkat pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014 di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Puisi yang menang dalam kategorinya, dideklamasikan oleh Ahmad Shukri Abdullah pada awal acara dan dilagukan oleh Mohd. Hafiz Askiak pada penutup malam itu.

Kategori: Berita

BUKU Penyakit Ektoparasit dalam Akuakultur menyentuh perihal berkaitan serangan parasit luaran pada ikan ternak. Bagi seseorang yang sudah biasa dengan kehidupan perikanan, ia tidak asing lagi berhadapan dengan penyakit ektoparasit dalam akuakultur. Penulis menyatakan bahawa penyakit ektoparasit ialah serangan parasit luaran yang merupakan jangkitan primer pada ikan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Ektoparasit ialah parasit yang hidup pada permukaan luar tubuh perumahnya. Kandungan yang terdapat dalam buku ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengenal pasti jangkitan parasit yang boleh menyebabkan kematian ikan.

Kategori: Ulasan Buku

SUATU masa dahulu, apabila diserang asma, ibu dan ayahlah yang bertungkus lumus mencuba pelbagai kaedah rawatan tradisional untuk mengubati penyakit tersebut. Tambahan pula pada ketika itu kemudahan untuk mendapatkan rawatan di klinik agak sukar kerana keperitan hidup yang dialami.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

“PERANG Farquhar dan Kala Jengking”, karya Rahimah Muda, dari Johor Baharu, Johor telah dinobatkan sebagai johan Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Kategori kanak-kanak manakala Salina Ibrahim, dari Kota Damansara, Selangor telah memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Kategori Remaja dengan tajuk “Badang dari Saluang”. Johan telah membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Skrip drama pentas yang memenangi sayembara ini turut dipersembahkan dalam majlis penyampaian hadiah tersebut oleh kumpulan Penang Opera.

Kategori: Berita, Featured

SELEPAS 26 tahun penerbitan edisi pertama Kamus Bahasa Iban-Bahasa Malaysia yang telah dilancarkan pada 7 Mac 1989 bersempena Sidang ke-28 MABBIM, kini barulah terbit Kamus Iban-Melayu Dewan Edisi Kedua.

Kategori: Berita, Featured

Sejarah terlakar di dalam buku catatan Persatuan Penulis Utara Sarawak atau nama singkatannya PUTERA apabila buat julung kalinya Sasterawan Negara (SN) Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh sudi meluangkan masa datang jauh dari tanah Semenanjung untuk berandau dengan kerabat PUTERA dan khalayak sastera di utara Sarawak dalam acara "Randau Bersama Sasterawan Negara" dan "Malam Puisi".

  • Arkib

  • Statistik

    1062614
    Visit Today : 343
    This Month : 10867
    Total Visit : 1062614
    Hits Today : 1181
    Total Hits : 4363966
    Who's Online : 10
  • Kategori