Oleh NORAZLINDA MISRAN

“PERANG Farquhar dan Kala Jengking”, karya Rahimah Muda, dari Johor Baharu, Johor telah dinobatkan sebagai johan Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Kategori kanak-kanak manakala Salina Ibrahim, dari Kota Damansara, Selangor telah memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Kategori Remaja dengan tajuk “Badang dari Saluang”. Johan telah membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Skrip drama pentas yang memenangi sayembara ini turut dipersembahkan dalam majlis penyampaian hadiah tersebut oleh kumpulan Penang Opera.

Rahimah Muda, Johan Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Kategori Kanak-kanak.

Rahimah Muda, Johan Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Kategori Kanak-kanak.

Pemenang tempat kedua Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Kategori Kanak-kanak ialah Nor Azhar Ishak, dari Batu Cave, Selangor dan tempat ketiga dimenangi oleh Marini Azahri, dari Sri Kembangan, Selangor. Seterusnya pemenang tempat kedua Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Kategori Remaja dimenangi oleh Roziah Adama dari Beijing, China dan tempat ketiga dimenangi oleh Amar Amir Ithnin, dari Petaling Jaya, Selangor.

Johan Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Kategori Remaja.

Salina Ibrahim, dari Kota Damansara, Selangor, johan Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Kategori Remaja.

Menurut ketua panel penilai Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas DBP 2015, Prof. Emeritus Datin Dr. Rahmah Haji Bujang, walaupun pihak penganjur tidak menetapkan sebarang tema yang khusus, kebanyakan persoalan atau tema yang diangkat oleh peserta dalam sayembara ini secara umumnya, berlegar kepada isu-isu kemasyarakatan dan kekeluargaan seperti isu ibu bapa yang kurang prihatin terhadap keinginan anak, isu disiplin dan kedegilan yang membawa padah, kasih sayang dan persahabatan serta isu pencemaran alam sekitar, semangat patriotisme dan perpaduan.

Putri Nurisya Syed Mahadzir, mendeklamasikan puisi bertajuk "Mencium Tanganmu, Cikgu" yang telah beliau menangi dalam Sayembara Menulis Sajak Kategori Remaja.

Putri Nurisya Syed Mahadzir, mendeklamasikan puisi bertajuk “Mencium Tanganmu, Cikgu” yang telah beliau menangi dalam Sayembara Menulis Sajak Kategori Remaja.

SAYEMBARA5

Azeezur Razin bin Jamali Sadad, dari SK Seri Gading, Batu Pahat, Johor, johan Sayembara Menulis sajak Kategori Kanak-kanak.

Untuk Sayembara Menulis Sajak DBP 2015 Kategori Kanak-kanak dan Remaja, johan kategori kanak-kanak telah dimenangi oleh Azeezur Razin bin Jamali Sadad, dari SK Seri Gading, Batu Pahat, Johor. Naib johan, Zharfan Izzudin kamal Baharin, dari SK (LKTP) Keratong 7, Muadzam Shah, Pahang dan tempat ketiga dimenangi oleh Nuruljannah Abdul Kadir, dari SK Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak. Manakala johan Sayembara Menulis Sajak DBP 2015 Kategori Remaja dimenangi oleh Puteri Nurisya Syed Mahadzir, dari SMK Bandar Banting, Selangor. Pemenang tempat kedua disandang oleh As Farah Natasya As Aziz, dari SMK Tun Ismail, Batu Pahat, Johor dan tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Anas Mursyid Sulaiman, dari SMK Permai Indah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada tahun ini, pihak penganjur telah menerima 2400 penyertaan sayembara menulis sajak daripada pelajar sekolah rendah, dan 3054 penyertaan pula diterima daripada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Menurut wakil Ketua Penilai, Encik Saifullizan Yahaya, dalam membuat pemilihan yang adil dan saksama, Panel Penilai turut mengambil kira dari aspek keaslian sajak-sajak yang menyertai sayembara ini. Panel Penilai terpaksa menggunakan pelbagai saluran media terutamanya Internet untuk membandingkan sajak-sajak yang diciplak dan diragukan keasliannya. Pengubahsuaian yang dilakukan dapat dikesan dari segi penstrukturan sajak dan pemilihan kata. Dalam hal ini, panel sebulat suara bersetuju untuk menolak sajak-sajak yang didapati mengandungi unsur-unsur tersebut.

Pelancaran Novel Pemenang Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja.

Pelancaran Novel Pemenang Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja.

Majlis penyampaian hadiah Sayembara Menulis Karya Kreatif Kategori Kanak-kanak dan Remaja dan pelancaran novel pemenang hadiah Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja telah diadakan pada 2 Disember 2015 di Dewan Bangkuet, Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan hajah Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia wakil rasmi Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut, YBhg. Datuk Dr. Haji Awang sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan YBhg. Dato’ Sri Syed Danial Syed Ahmad, Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Para Pemenang bergambar kenangan dengan tetamu kehormat.

Para Pemenang bergambar kenangan dengan tetamu kehormat.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    979700
    Visit Today : 934
    This Month : 27171
    Total Visit : 979700
    Hits Today : 4100
    Total Hits : 3983243
    Who's Online : 6
  • Kategori