NOR HAFUZA Muhammad Arif dari Wangsa Maju muncul sebagai johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018 pada 23 September 2018 melalui puisi “Membaca Merdeka” karya Solihin Osman yang terbit dalam Antologi Puisi Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Lentera Zaman, terbitan GAPENA. Naib johan pula disandang oleh Ahmad Harun dari Cheras yang mendeklamasikan puisi “Tunas Pahlawan” karya Abd. Karim Gulam. Tempat ketiga dimenangi oleh Nor Eleyda Ezani dari Taman Ehsan dengan puisi “Junjung Kasih Malaysiaku” karya Poul Nanggang.

SETELAH dua minggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 berlalu, pada 24 Mei 2017 yang lalu, Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) mengorak langkah dan melakarkan sejarah tersendiri di kanvas kesusasteraan Melayu negara apabila buat julung kalinya ahlinya merantau jauh ke negara Tembok Besar China untuk melancarkan empat buah buku sastera kreatif Melayu karya penulis PUTERA. Buku yang dilancarkan merupakan tiga buah kumpulan puisi perseorangan, iaitu Pemburu Kata Merdu karya Abizai, Riwayat Mangga Makrifat di Pohon Keramat oleh Basri Abdillah, dan Sayembara Menari tulisan Zaibiee, dan kumpulan cerpen perseorangan, Apabila Rama-rama Dijelmakan Kepompong Epilepsi, karya Frankie Latit.

Malam Puisi Padang Kota merupakan satu program yang diadakan sejak 2012 lagi. Bertemakan “Suburkan Kembali Akar Bangsa”, program ini merupakan kesinambungan dari usaha kumpulan bebas yang digelar sebagai Pustaka Puisi Jannatun (PUPUJA) yang ditubuhkan pada awal 2012 hingga 2014.

Sejarah terlakar di dalam buku catatan Persatuan Penulis Utara Sarawak atau nama singkatannya PUTERA apabila buat julung kalinya Sasterawan Negara (SN) Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh sudi meluangkan masa datang jauh dari tanah Semenanjung untuk berandau dengan kerabat PUTERA dan khalayak sastera di utara Sarawak dalam acara "Randau Bersama Sasterawan Negara" dan "Malam Puisi".

  • Arkib

  • Statistik

    1035831
    Visit Today : 609
    This Month : 18430
    Total Visit : 1035831
    Hits Today : 2474
    Total Hits : 4248564
    Who's Online : 8
  • Kategori