Pada 25 hingga 27 November yang lalu, berlangsungnya Persidangan Buku Antarabangsa 2015 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra. Acara yang memasuki tahun ke-10 ini membuktikan kesungguhan dan komitmen yang cukup tinggi daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara dengan kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Setelah sekian lama masyarakat pembaca mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), akhirnya DBP tampil bersama imej baru dengan memperkenalkan kedai buku bergerak yang dinamakan Ujana Buku. Ujana Buku telah dirasmikan oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato’ Seri Muhyiddin Yasin bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 29 April 2015.

Kategori: Featured, Makalah

“Jelajah Negara, Semarakkan Bahasa” merupakan slogan yang menggambarkan kerancakan aktiviti utama dalam merakyatkan bahasa kebangsaan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Acara yang telah digazet oleh kerajaan dan di rai pada setiap bulan Oktober ini berkonsepkan turun padang ke setiap negeri ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat juang khususnya rakyat di negara ini dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Kategori: Berita

Akhbar merupakan antara media cetak yang paling popular di negara kita. Sebahagian besar akhbar di Malaysia hari ini, cenderung menggunakan gaya bahasa kewartawanan yang lebih popular dan ringkas, serta banyak perbezaannya dengan kaedah bahasa Melayu baku. Oleh itu, secara tidak langsung, masyarakat didedah dan dididik dengan bahasa kewartawanan.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

Menjejaki sejarah pewujudan program tahunan Malam Bahasa Jiwa Bangsa ini, tidak dapat tidak program ini amat berkait rapat dengan program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang menjadi program negara yang disambut pada setiap bulan Oktober. Program Malam Bahasa Jiwa Bangsa dilaksanakan khusus sebagai salah satu program pengisian BBK untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri citra bangsa Malaysia, menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan, mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan dan menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Kategori: Berita, Featured

Buku berjudul Tumbuhan Berkhasiat Ubatan (Penanaman dan Pemprosesan Produk) ditulis oleh Khairuddin Kamaruddin. Kandungan buku ini secara ringkas berkisar tentang spesies tumbuhan berkhasiat ubatan yang popular untuk ditanam, kaedah penanaman dan pemprosesan produk tumbuhan berkhasiat ubatan. Dunia makanan dan kesannya terhadap kesihatan telah mendesak manusia untukmengeksploitasi sumber semula jadi bagi menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan makanan berkhasiat untuk memperoleh kesihatan yang baik. Krisis kesihatan global telah mendorong masyarakat (yang bertindak sebagai pengeluar sama ada dalam bidang pertanian mahupun industri pengeluar produk) untuk turut sama terlibat pada pelbagai peringkat dalam usaha memajukan industri penanaman tumbuhan ubatan dan tumbuhan berkhasiat sehinggalah memasuki industri pemprosesan produk kesihatan berasaskan sumber semula jadi.

Kategori: Ulasan Buku

Isu peranan bahasa dalam pembangunan dan perpaduan dalam sesebuah negara telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Misalnya, semasa Islam memerintah hampir tiga perempat dunia,iaitu antara tahun 1000 hingga 1500 Masihi, peranan bahasa Arab dalam membina tamadun Islam memang tidak boleh dinafikan lagi. Bahasa Arab menjadi simbol kekuatan peradaban Islam. Malah, bahasa Arab juga menjadi alat menyatupadukan penduduk di negara-negara naungan Islam yang luas. Di dunia Barat pula, sejak tahun 1940-an, ramai ahli sosiolinguistik telah menulis mengenai isu ini. Menurut Fishman (1968), untuk membangunkan sesebuah negara, khususnya negara yang pernah dijajah, perlulah menggunakan bahasa asing manakala untuk menyatukan rakyatnya, perlulah menggunakan bahasa kebangsaan. Oleh sebab masih banyak lagi negara yang terpesona dengan pendapat ini, maka penulis buku Kelangsungan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia ini turut membicarakan isu ini berdasarkan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah, Malaysia turut berkongsi gejala yang sama dengan negara-negara lain, iaitu mewarisi model pendidikan daripada negara penjajah. Lazimnya, kuasa penjajah ini menggugat sistem pendidikan tradisional yang sedia ada di negara-negara yang dijajah. Sistem pendidikan tradisional digantikan dengan model pendidikan dari negara penjajah. Miller (1997), menegaskan bahawa dasar-dasar pendidikan formal yang dilaksanakan di India, Sri Lanka, Burma dan Malaysia dibentuk berdasarkan corak pendidikan Inggeris. Selepas negara mencapai kemerdekaan, falsafah pendidikan mula diperkukuh untuk mendapatkan hasil pendidikan yang diingini. Sistem pendidikan merupakan wahana utama untuk memupuk integrasi dalam masyarakat Malaysia tanpa mengambil kira perbezaan etnik, budaya dan agama. Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan mengukuhkan lagi asas perpaduan negara kerana penggunaan bahasa yang sama ini dapat merangsang komunikasi berkesan antara rakyat Malaysia. Hal tersebut diperkatakan oleh penulis dalam bab pertama buku ini, Isu Bahasa Pengantar di Malaysia. Berkaitan dengan bahasa pengantar juga, penulis turut memperkatakan isu penggunaan kembali bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada awal tahun 1990-an. Di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, bahasa Inggeris dijadikan semula sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan tinggi, khususnya dalam bidang kejuruteraan, sains dan perubatan. Pertukaran dasar ini dibuat melalui pentas politik yang rasional untuk kebaikan negara. Pertukaran dasar ini mewujudkan dualisme dalam pendidikan tinggi, iaitu institusi pengajian tinggi awam mengekalkan bahasa Melayu sebagai pengantar pengajaran manakala institusi pendidikan swasta diberikan kebebasan untuk menggunakan bahasa Inggeris (rujuk Akta Pengajian 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996). Pada tahun 2003, kerajaan mengumumkan subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1 dan Tingkatan 6 Rendah. Isu ini dijelaskan oleh penulis dalam bab empat, Pelaksanaan Dasar Bahasa Pengantar Bahasa Melayu. Seterusnya, dalam bab kelima, Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), penulis mengupas isu tersebut dengan lebih lanjut. Menurut penulis, penerangan berkaitan dasar PPSMI di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia waktu itu, “rasional peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.” Masyarakat umum juga mengetahui bahawa Sains dan Matematik ialah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baharu dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat tentang perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Secara keseluruhannya, buku ini mengandungi enam bab, iaitu Isu Bahasa Pengantar di Malaysia, Sistem Pendidikan Malaysia, Kronologi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar, Pelaksanaan Dasar Bahasa Pengantar Bahasa Melayu, Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, dan Perjuangan yang Belum Selesai. Isi-isu pendidikan bahasa Melayu yang dipaparkan dalam buku ini amat menarik untuk dijadikan renungan dan panduan bagi meneruskan kelangsungan fungsi dan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

“Patik kenal akan tuanku.” Begitulah antara dialog dalam teater bangsawan Anak Raja Anak Papa. Yang ingin dinyatakan ialah betapa gramatisnya binaan ayat tersebut dengan kata sendi nama “akan” digunakan di tempat yang betul, mendahului kata nama yang merujuk manusia dan penggunaannya pula didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif, seperti yang dijelaskan oleh Tatabahasa Dewan.

Kategori: Bicara
  • Arkib

  • Statistik

    1047070
    Visit Today : 686
    This Month : 29669
    Total Visit : 1047070
    Hits Today : 1698
    Total Hits : 4296500
    Who's Online : 10
  • Kategori