PUISI “Kalaulah Papa Memukulmu, Adib” karya Allahyarham Rahimidin Zahari diangkat pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014 di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Puisi yang menang dalam kategorinya, dideklamasikan oleh Ahmad Shukri Abdullah pada awal acara dan dilagukan oleh Mohd. Hafiz Askiak pada penutup malam itu.

menteri2

Dato’ Seri Mahdzir sedang menyampaikan ucapan.

Kesyahduan suasana kerana mengenang pemergian Allahyarham menemui Ilahi tidak menenggelamkan kemeriahan majlis yang berlangsung pada malam 25 November 2015. Kehadiran lebih 300 orang jemputan yang terdiri daripada penulis, pegawai kanan kerajaan, tokoh masyarakat dan peminat sastera menghangatkan suasana walaupun hujan membasahi bumi Seri Kembangan. Antara tetamu undangan pada malam itu ialah Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, yang mewakili Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh bin Yaapar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang bin Sariyan.

Datuk Dr. Awang menyampaikan kata alu-aluan.

Datuk Dr. Awang menyampaikan kata alu-aluan.

Dalam ucapan alu-aluannya, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, bersesuaian dengan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, 1959 (Akta 213), DBP akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi walau apapun halangan dan rintangannya. DBP berharap kerajaan sentiasa merestui segala gerakan DBP untuk memastikan martabat bahasa dan persuratan Melayu dilestarikan.

Dr. Awang turut mengulas prestasi karya yang dinilai. Secara keseluruhannya, jumlah pencalonan pada tahun ini meningkat berbanding dengan tahun lalu. Namun demikian, pencalonan Novel Kumpulan Esei/Kritikan Sastera, Buku Kajian Sastera, Biografi/Autobiografi, dan Kumpulan Cerpen Kanak-Kanak masih kurang. Sementara itu, tiada pencalonan bagi Kumpulan Drama Kanak-Kanak dan Kumpulan Drama Remaja.

Syafiq Zulakifli pemenang kategori puisi.

Malim Ghozali pemenang dua kategori.

Malim Ghozali pemenang dua kategori.

Katanya, “Penilaian untuk hadiah ini bukanlah berdasarkan populariti tokoh atau karyawan, tetapi mutu karya. Mutu karya dinilai dari segi kekuatan kesatuan organik karya, keaslian persoalan, keseimbangan estetika bahasa dengan kemanusiaan, keindahan moral dan inovasi dalam kreativiti.”

Dalam ucapannya, Dato’ Seri Mahdzir mencadangkan agar majlis penyampaian hadiah sastera diperluaskan hingga peringkat ASEAN, sesuai dengan gagasan Komuniti ASEAN yang diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd. Najib baru-baru ini.

Zainun Mustapha pemenang kategori novel kanak-kanak.

Zainun Mustapha pemenang kategori novel kanak-kanak.

Berkaitan dengan perkembangan penerbitan karya sastera, Dato’ Sri Mohd. Najib berbangga kerana DBP dan penerbit swasta berjaya memperbanyak penerbitan novel dalam pasaran. Walau bagaimanapun beliau berharap agar penerbit swasta tidak tertumpu kepada karya popular semata-mata malah turut menerbitkan karya yang dapat membangunkan bangsa dan negara. Beliau turut berbangga dengan pertumbuhan pesat penulis wanita dalam penerbitan karya sastera, terutamanya novel.

“Ramai penulis ini hidup mewah dengan menjadikan penulisan sastera sebagai kerjaya, malah ada yang menjadi jutawan,” katanya lagi.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan karya sastera dalam kehidupan dan mencadangka agar karya sastera didedahkan lebih awal kepada masyarakat.

Sebahagian pemenang bergambai ramai.

Sebahagian pemenang bergambar ramai.

“Karya sastera perlu diperkenalkan kepada pelbagai peringkat pendidikan, dari prasekolah hingga peringkat universiti tanpa mengira aliran, sama ada sastera atau sains. Karya sastera kebangsaan wajar dibaca oleh pelbagai kaum, bukan orang Melayu sahaja. Oleh itu saya mencadangkan agar mata pelajaran sastera kebangsaan dijadikan mata pelajaran utama, bukan setakat sisipan mata pelajaran bahasa Melayu,” tegas beliau.

Akhir sekali Dato’ Sri Mohd. Najib menyarankan agar karya yang menang diterjemahkan ke dalam bahasa asing dan dipasarkan ke luar negara. Hal ini membuktikan negara tidak ketandusan penulis dalam kalangan generasi baharu.

Ahmad Shukri Abdullah sedang mendeklamasikan puisi.

Ahmad Shukri Abdullah sedang mendeklamasikan puisi.

Dato’ Seri Mahdzir sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pada penghujung majlis. Yang menariknya banyak juga pemenang yang terdiri daripada golongan veteran lanjut usia tetapi masih gagah meniti tangga pentas. Hal ini merupakan suatu cabaran kepada penulis muda yang banyak idea dan pendedahan kepada maklumat agar bersama-sama membangunkan sastera kebangsaan dalam bahasa Melayu.

Sesungguhnya HSPM yang mula dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 masih mengilaukan harapan di sebalik kemendungan bahasa kebangsaan dalam era “bahasa Inggeris sangat penting demi kemajuan negara”.

-Hassan Alias

 

SENARAI PEMENANG

KATEGORI BUKU (RM10,000.00)

GENRE PENGARANG JUDUL PENERBIT
NOVEL Razali Endun  Nenek Institut Terjemahan Buku Malaysia, 2014 
KUMPULAN CERPEN Malim Ghozali PK  Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014
KUMPULAN PUISI Muzaf Ahmad  Jaulah Sampai Syurga   Karyawan Publishing House, 2014 
KAJIAN SASTERA Dr. Mohamad Saleeh Rahamad Oksidentalisme dalam Sastera Melayu Sebelum Merdeka hingga Era Mahathir Mohamad Institut Terjemahan Buku Malaysia, 2014 
BIOGRAFI Dr. Mohamed Salleh Lamry  Biografi Ishak Shaari Pejuang Bumi Semua Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014

KATEGORI ECERAN (GENRE PUISI) RM2,000.00

PENGARANG JUDUL SUMBER
Tuah Sujana “Di Padang Sarjana” Mingguan Malaysia,5/01/2014
Rahimidin Zahari “Kalaulah Papa Memukulmu, Adib” Mingguan Malaysia,23/2/2014
Siti Zainon Ismail “Kepada Perempuan Laut” Dewan SasteraMei 2014
Siti Zainon Ismail “Rezeki Bumi” Dewan SasteraJun 2014
Basri Abdillah “Perkebunan Budaya Melayu” Dewan BudayaJulai 2014
Muhammad Haji Salleh “Membaca Aksara (Buat Profesor Siti Chamamah)” Dewan MasyarakatJulai 2014
Rosli K.Matari “Tigris” Jendela   TimurOgos 2014
Syafiq Zulakifli “Dari Mimbar Shinjuku (Dedikasi Buat Anakanda)” Mingguan Malaysia30/11/2014
Shapiai Mohammad Ramly “Mencari Jernih” Antologi Cerita Alam Gelora Hujung Benua, Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Selatan 2014
Muhammad Haji Salleh “Al-Kisah, Di Negara Yang Memansuhkan Bahasa” Antologi Nyala Api dalam Dada, ITBM, 2014 

KATEGORI ECERAN (GENRE CERPEN) RM2,000.00

PENGARANG  JUDUL SUMBER
Zainal Rashid Ahmad “Alkisah Ratu Kebaya dan Walhal Naga” Berita Minggu14/9/2014
Ratna Laila Shahidin “Hingyaku Mingguan Malaysia31/08/2014″
Zaniffa Azzura Abdullah “Bara Sang Suri”  Mingguan Malaysia20/7/2014
Mawar Safei “Infithaar di Taman Salju” Berita Minggu3/08/2014
Maskiah Haji Masrom “Selimut” Mingguan Malaysia12/01/2014
Fadh Razy “Delusisma 2.0 (Denggi)” Mingguan Malaysia16/02/2014
Fudzail “Psiko” Mingguan Malaysia08/06/2014
Malim Ghozali PK “Pesanku Pada Hujan” Mingguan Malaysia13/07/2014
Jais Sahok “Seru” Dewan SasteraMei 2014
Lee Keok Chih “Cekur” Dewan SasteraSeptember 2014

 KATEGORI ECERAN GENRE ESEI/KRITIKAN/KAJIAN SASTERA RM2,000.00

PENGARANG JUDUL SUMBER
Mana Sikana “Penciptaan Drama Metasejarah Suatu Hasil Eksperimental” Dewan SasteraMac 2014
A. Halim Ali “Menilai Semula Makna Estetik” Dewan SasteraApril 2014
Sohaimi Abdul Aziz “Teknoteks Menyepadukan Sastera, Teknologi dan Kritikan” Dewan SasteraJulai 2014
Norman Yusoff “Perhubungan Sastera dengan Wayang: Meneliti Genre dalam Prespektif Budaya” Dewan SasteraOktober 2014
Saifullizan Yahaya “Sastera Profetik: Kaffah dalam Revolusi yang Ditangguhkan” Dewan SasteraMei 2014
Dr. Ibrahim Bajunid “Pembinaan Mercu Tanda Penulisan Malaysia: Yang dipelajari adalah Secara Saka (Perennial)” Sastera Teras Negara Bangsa, ITBM 2014
S.M. Zakir “Pembinaan Mercu Tanda Sastera Malaysia: “Sastera Sebagai Budaya Tinggi” Sastera Teras Negara Bangsa, ITBM 2014

KATEGORI KANAK-KANAK DAN REMAJA RM5,000.00

GENRE PENGARANG JUDUL SUMBER
NOVEL REMAJA Rohaidah Yon Gerbang Raudhah Koperasi DBP 2014
KUMPULAN CERPEN REMAJA Mohd Helmi Ahmad Tetamu Istimewa ITBM, 2014
KUMPULAN PUISI REMAJA Hilmi Rindu Mimpi Kotaku ITBM, 2014
NOVEL KANAK-KANAK Zainun Mustapha … Rahsia Dhia! Koperasi DBP 2014
KUMPULAN PUISI       KANAK-KANAK Mahaya Mohd. Yassin Sakura DBP 2014
BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK Razisatul Asyifah Ismail Di Mana Sebelah Lagi? Cerdik Publications Sdn. Bhd. 2014

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035568
    Visit Today : 346
    This Month : 18167
    Total Visit : 1035568
    Hits Today : 1788
    Total Hits : 4247878
    Who's Online : 7
  • Kategori