Dunia penulisan masa kini menjadi medan kepada pelbagai golongan untuk menyuarakan hasrat hati serta pandangan selain menjadi salah satu punca pendapatan. Bagi anak muda, cerpen dan novel merupakan antara genre yang paling mereka minati.

Kategori: Berita, Featured

Dalam usaha memantapkan penyelidikan bahasa dan sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan Bahasa dan Bahagian Penyelidikan Sastera telah bergabung tenaga menganjurkan Seminar Bahasa dan Sastera 2018 (SEBARA) yang bertemakan “Pemerkasaan dan Pembudayaan Penyelidikan Bahasa dan Sastera”. Seminar ini diadakan selama dua hari, pada 26 dan 27 September 2018, bertujuan untuk menyemarakkan dan menyuburkan budaya penyelidikan dalam kalangan karyawan DBP.

Kategori: Berita, Featured

NOR HAFUZA Muhammad Arif dari Wangsa Maju muncul sebagai johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018 pada 23 September 2018 melalui puisi “Membaca Merdeka” karya Solihin Osman yang terbit dalam Antologi Puisi Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Lentera Zaman, terbitan GAPENA. Naib johan pula disandang oleh Ahmad Harun dari Cheras yang mendeklamasikan puisi “Tunas Pahlawan” karya Abd. Karim Gulam. Tempat ketiga dimenangi oleh Nor Eleyda Ezani dari Taman Ehsan dengan puisi “Junjung Kasih Malaysiaku” karya Poul Nanggang.

Pada 4 dan 5 September 2018, Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (Akademi DBP) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Maklumat Laman Web 2018 di Ibu Pejabat IKLIN Putrajaya.

Kategori: Berita, Featured

Pada 18 September 2018, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah. Kehadiran Dato’ Saifuddin disambut oleh pengurusan tertinggi DBP, iaitu Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran serta pengarah-pengarah jabatan.

Kategori: Berita, Featured

Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden sejak belakangan ini mencetuskan pelbagai isu yang secara langsung menyentuh kedudukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai institusi yang bertanggungjawab bagi membina, mengembangkan, mengiktiraf dan menerbitkan karya sastera. Matlamat untuk merakyatkan sastera semakin dipinggirkan apabila pendidikan sastera dipandang sepi kerana masyarakat kini lebih mementingkan pendidikan dalam bidang sains dan teknologi, sekali gus menyebabkan para pelajar kurang berminat untuk mempelajari sastera.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan turut memberikan ruang dan peluang kepada penulis muda berbangsa Cina untuk menghasilkan karya kreatif. Tidak sekadar pelajar aliran sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, DBP juga memberikan ruang kepada para pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), iaitu institusi pendidikan yang jarang terlibat dalam dunia sastera Melayu.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menjalinkan sinergi untuk menganjurkan Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa. Pada tahun 2018, seramai 76 orang peserta daripada kementerian/jabatan/agensi terpilih telah mengikuti tiga siri Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa di INTAN Kampus Utama, Bukit Kiara dan INTAN Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH). Kursus ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan santun dalam kalangan penjawat awam melalui latihan kebahasaan secara formal dan berperingkat yang diberikan kepada mereka yang dilantik sebagai perujuk bahasa.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1051882
    Visit Today : 135
    This Month : 135
    Total Visit : 1051882
    Hits Today : 260
    Total Hits : 4318206
    Who's Online : 18
  • Kategori